Nahas helikopter: Ucapan takziah, simpati banjiri laman sosial

Astro Awani
Mei 6, 2016 14:07 MYT
Helikopter RPC 6828 hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching. - Gambar Datuk Suhaimi Khalid
Di saat rakyat Sarawak sedang bersedia untuk membuat pilihan hala tuju masa hadapan mereka, tragedi melanda.
Setakat jam 12 tengah hari tadi, mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon salah seorang mangsa nahas helikopter RPC6828 semalam, ditemui.
Nasib enam penumpang yang lain termasuk juruterbang, setakat ini belum diketahui.
Selain Noriah, helikopter yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching turut membawa suami Noriah, Asmuni Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf RexRagas.
Laman sosial menjadi medium paling utama untuk menyampaikan rasa terkejut, simpati dan takziah.
Bukan sahaja anggota masyarakat, malah ahli-ahli politik dan kenamaan juga tidak ketinggalan meluahkan rasa simpati termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Innalillahiwainnailaihiraji'un. Sedih terima pngesahan bhw Dato' Noriah Kasnon tlh pulang ke rahmatullah akibat nahas helikopter. Al-Fatihah

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

alfatihah utk mangsa nahas helikopter RPC6828../p>— nur_ilani (@kak_ila1810) May 6, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Permudahkan Ya Allah pencarian pesawat dan heli..Allahuakbar..a href="https://twitter.com/hashtag/MH370?src=hash">#MH370 #RPC6828#PRAYFORMH370#PRAYFORRPC6828

— namasayaEzzah (@miss_ezzah) May 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#JasamuDikenang YB. Dato' Hjh Noriah bt Kasnon .. Al-fatihah.. moga arwah tenang disana... amin pic.twitter.com/m4XKzjHAt7

— nanadz (@nurulnadzrah) May 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Moga roh Allahyarhamah Dato Noriah Kasnon dicucuri rahmatNya. Moga mangsa yg lain segera ditemui. Amin...Ya Allah... pic.twitter.com/0dpFAcYOGC

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) May 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al Fatihah. Semoga Allahyarhamah Noriah Kasnon mendapat husnul khatimah dan ruhnya ditempatkan di syurga yang penuh dengan ni'mat Allah SWT.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sy & isteri mengucapkan takziah kpd keluarga Dato' Noriah Kasnon. Semoga takdir ini diterima penuh kesabaran. pic.twitter.com/iCedpcQVrA

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) May 6, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Datuk Noriah Kasnon #helikopter #RPC6828 #Sarawak