NATIONAL
Nahas Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra

Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul. -Gambar fail/Wikipedia
PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat daripada sumber rasmi dan memantau situasi dengan teliti selepas sebuah pesawat penumpang Korea Selatan yang membawa 181 orang terhempas di lapangan terbang di barat daya negara itu pada Ahad.
Ringkasan AI
- Kedutaan Malaysia di Seoul sedang giat mengumpul maklumat dan memantau situasi selepas pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Musan, Korea Selatan.
- Setakat ini, tiada pengesahan mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam insiden tersebut, menurut kenyataan Wisma Putra.
- Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul melalui telefon atau emel yang disediakan.
Setakat ini, jumlah kematian telah meningkat kepada 62 orang.
"Ingatan dan doa kami bersama keluarga mangsa dan orang tersayang dalam waktu sukar ini," menurut kementerian itu.
Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul.
Untuk bantuan atau maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan di alamat 129, Dokseodang-ro, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, Korea Selatan, telefon: +82-2-2077 8600/ +82-10-8974-8699 atau emel: [email protected].
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami