BUTTERWORTH: Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Hj. Abd Rashid, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.
Jenazah Mohd Rodhi Othman, 64,Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Ahmad Khomaini Abu 32, serta seorang kanak-kanak perempuan Zara Hana Ahmad Khomaini, 6, dikebumikan dalam satu liang lahad selepas zohor kira-kira 2.50 petang Ahad.
Terdahulu jenazah kelima-lima mangsa dibawa dari Hospital Gerik dan tiba di masjid di Sungai Dua kira-kira jam 12.56 tengah hari.
Suasana pilu menyelubungi ruang masjid apabila anak mangsa dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan perasaan sebaik menatap wajah kesemua mangsa buat kali terakhir.
Jenazah yang sudah siap dikafankan disembahyangkan selepas solat zohor sebelum dikebumikan.
Kira-kira 500 ahli keluarga dan saudara mara serta sahabat handai mangsa hadir memberi penghormatan terakhir buat jenazah.
Dalam kejadian jam 3.45 petang Sabtu , lima sekeluarga yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) Toyota Hilux.
Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang memandu dari arah Gerik ke Jeli, Kelantan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Jul 24 2022
Lima sekeluarga terbabit selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Hj. Abd Rashid, Sungai Dua, Butterworth, Butterworth, Pulau Pinang. - Foto Astro AWANI
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Kenderaan terbabas, lelaki maut dalam nahas jalan raya di Gerik
Seorang lelaki berusia 20-an maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Rui dekat sini pada Ahad.
Nahas Jeli-Gerik: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik semalam selamat dikebumikan.
Sempat buat panggilan video bersama, sebelum ibu maut dalam nahas di Gerik - Anak mangsa
Menurut Siti Fatimah keluarganya dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Sungai Petani, Kedah selepas menghantar kakaknya ke sebuah pondok pengajian agama di Kota Bharu.