MALAYSIA
Nahas lori tangki, tiga kereta punca trafik sesak lebih 10km di Lebuhraya PLUS
Lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang. -Foto PLUS
IPOH: Kesesakan trafik sejauh 10 kilometer (km) dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), laluan antara Ipoh ke Simpang Pulai selepas satu kemalangan membabitkan lori tangki dan tiga kereta di Kilometer 281.5 pada Isnin.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang.
Menurut kemas kini trafik setakat jam 1.03 petang, kesesakan trafik direkodkan sejauh kira-kira 10 kilometer bagi arah utara, manakala kesesakan sepanjang 5km dilaporkan bagi arah selatan.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda amaran yang disediakan di lokasi kejadian, selain digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan teruk.
“Orang ramai boleh keluar menggunakan Tol Gopeng atau Tol Tapah sebagai laluan alternatif,” katanya.
Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung kecederaan atau mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.
PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kesesakan trafik sejauh 10 kilometer dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) selepas kemalangan melibatkan lori tangki dan tiga kereta di Kilometer 281.5.
- Lori tangki yang melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang, menyebabkan kesesakan trafik di kedua-dua hala.
- Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi arahan pengawal trafik dan menggunakan laluan alternatif seperti Tol Gopeng atau Tol Tapah.
PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang.
Menurut kemas kini trafik setakat jam 1.03 petang, kesesakan trafik direkodkan sejauh kira-kira 10 kilometer bagi arah utara, manakala kesesakan sepanjang 5km dilaporkan bagi arah selatan.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda amaran yang disediakan di lokasi kejadian, selain digalakkan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan teruk.
“Orang ramai boleh keluar menggunakan Tol Gopeng atau Tol Tapah sebagai laluan alternatif,” katanya.
Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung kecederaan atau mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.
PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 10 kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)?
A: Kesesakan berlaku akibat kemalangan melibatkan lori tangki dan tiga kereta di Kilometer 281.5, di mana lori tangki tersebut melintang di tengah lebuh raya. - Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada pengguna lebuh raya berkenaan kemalangan tersebut?
A: Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi arahan pengawal trafik, menggunakan laluan alternatif seperti Tol Gopeng atau Tol Tapah, serta merancang perjalanan lebih awal untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan. - Q: Adakah terdapat maklumat mengenai kecederaan atau mangsa dalam kemalangan tersebut?
A: Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai kecederaan atau mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dengan siasatan lanjut masih dijalankan.