MALAYSIA
Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Kakitangan JKR meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Mohd Hafizi telah meninggal dunia di Hospital Kajang pada Ahad. (Gambar kecil: Mohd Hafizi)
KAJANG: Seorang lagi mangsa kemalangan pada 27 September lalu yang melibatkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, di sini, telah meninggal dunia pada Ahad.
Ringkasan AI
Mangsa, penumpang Nissan X-Trail, Mohd Hafizi Anuar, 48, yang bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Shah Alam, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi di Hospital Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, jenazah mangsa akan diserahkan kepada keluarganya selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.
“Mangsa sepatutnya dipindahkan ke Hospital Putrajaya namun disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dan proses bedah siasat juga dilakukan di hospital sama.
“Siasatan polis masih diteruskan dan kami masih menunggu laporan penuh daripada agensi berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu telah mengorbankan seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan.
Ketika kejadian, Mohd Hafizi dan seorang lagi kakitangan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR baharu sahaja selesai tugasan di Penjara Kajang dan dalam perjalanan pulang ke pejabat di Shah Alam.
Kemalangan melibatkan empat kenderaan iaitu Nissan X-Trail milik JKR Shah Alam, Proton X70, Honda City dan sebuah lori tiga tan yang membawa besi buruk.
Berikutan itu, pemandu lori berusia 42 tahun telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Mohd Hafizi Anuar, kakitangan JKR Shah Alam, meninggal dunia di Hospital Kajang akibat kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang.
- Sebelum ini, kemalangan pada 27 September turut meragut nyawa seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan.
- Pemandu lori yang terlibat telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.