NATIONAL
Nahas rombongan guru: Polis dalam proses lengkap kertas siasatan

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi. - Gambar fail
KUANTAN: Polis masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden kemalangan jalan raya antara sebuah bas persiaran dan treler di Kilometer 126, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di Rompin, pada 9 Jun lalu.
Ringkasan AI
- Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kemalangan antara bas persiaran dan treler di Kilometer 126, Jalan Kuantan-Segamat pada 9 Jun lalu dan menunggu laporan bedah siasat sebelum tuduhan dibuat di mahkamah.
- Tiada tangkapan dilakukan setakat ini, tetapi pemandu bas akan dituduh selepas kertas siasatan selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
- Kemalangan tersebut menyebabkan empat maut, termasuk dua guru dan seorang kakitangan Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka, apabila bas yang membawa 39 penumpang terbalik setelah hilang kawalan dan melanggar treler.
Beliau memaklumkan, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.
Jelasnya, bagaimanapun pemandu bas berkenaan akan dituduh selepas kertas siasatan dilengkapkan.
Sebelum ini, empat dilaporkan maut termasuk dua guru dan seorang kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka dalam kejadian kemalangan itu.
Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama kakitangan dan keluarga mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami