awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas trak FRU: Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan sedia laporan siasatan - Fahmi Fadzil

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
14/05/2025
09:03 MYT
Nahas trak FRU: Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan sedia laporan siasatan - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, Kerajaan mahu dua set siasatan disediakan oleh Kementerian Pengangkutan dan PDRM untuk memastikan ketelusan dan ketelitian. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan bagi melengkapkan laporan siasatan nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, semalam.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan laporan siasatan nahas yang mengorbankan sembilan anggota FRU di Teluk Intan.
  • Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk meneliti aspek kenderaan yang tidak melibatkan unsur jenayah.
  • Kerajaan mahu dua set siasatan disediakan oleh Kementerian Pengangkutan dan PDRM untuk memastikan ketelusan dan ketelitian.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.
“Dalam mesyuarat hari ini, Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi meneliti aspek yang tidak melibatkan unsur jenayah, khususnya berkaitan kenderaan.
“Jemaah Menteri bersetuju bahawa laporan lengkap daripada Kementerian Pengangkutan perlu disediakan dalam tempoh satu bulan dan dibentangkan semula kepada Kabinet sebelum sebarang keputusan lanjut diambil,” katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan mahu dua set siasatan disediakan masing-masing daripada jawatankuasa khas Kementerian Pengangkutan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Langkah itu, menurut Fahmi, bertujuan memastikan ketelusan dan ketelitian dalam siasatan insiden yang membabitkan kenderaan, serta mengelakkan sebarang pertindihan siasatan.
Dalam kejadian jam 8.50 pagi semalam, sebuah trak FRU dinaiki 18 anggota pasukan Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat kemalangan dengan lori membawa muatan batu semasa dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas sempena perayaan Chitrapournami.
Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, dua parah manakala tujuh lagi cedera.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Fahmi Fadzil
#Anthony Loke
#nahas trak FRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan