MALAYSIA
Nahas trak FRU: Lori masuk lorong bertentangan punca kemalangan - Laporan
Pemeriksaan pasca kemalangan oleh JPJ dan PUSPAKOM turut mengesan tanda-tanda pemanasan melampau pada brek dram lori tipper yang terlibat dalam kemalangan dengan trak FRU di Teluk Intan pada 13 Mei lalu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Analisis kemalangan di Teluk Intan pada 13 Mei mendapati lori yang membawa muatan batu kerikil telah memandu dari arah bertentangan dan bertembung dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Ringkasan AI
Perkara tersebut dinyatakan dalam Laporan Awal Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) setebal 146 muka surat yang dikeluarkan hari ini.
“Lori tipper (AKL 4674) bergerak ke arah lorong bertentangan lorong laluan lori FRU (WKP 3705) menghala ke Ipoh dan menekan brek secara mendadak,” katanya.
Analisis awal tersebut dibuat berdasarkan kesan brek, tayar dan geseran di lokasi kejadian.
“Satu pasangan kesan brek (dual skid marks) sepanjang 4.1 meter telah dijumpai memasuki laluan bertentangan (lorong membelok),” katanya.
Laporan tersebut menyatakan kelajuan minimum lori tipper sejurus sebelum kesan brek pertama adalah dianggarkan antara 63 km/j dan 70 km/j.
Malah, pemeriksaan pasca kemalangan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) telah mengesan tanda-tanda pemanasan melampau pada brek dram kenderaan.
Keadaan ini berkemungkinan besar berpunca daripada penggunaan brek secara berlebihan semasa kejadian.
Hasil siasatan dalaman Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati syarikat lori tersebut telah melanggar Seksyen 57(1)(b)(i) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana membawa muatan selain yang dibenarkan.
“Sisa muatan yang dikesan ialah batu kerikil, walaupun jenis badan kenderaan adalah Lori Rigid - Coal (LDC) dan kenderaan ini hanya dibenarkan membawa muatan arang batu,” tambahnya.
Laporan tersebut turut menyatakan, lori berkenaan telah membawa muatan berlebihan.
“Muatan berlebihan (BDM 40,960 kg), iaitu sebanyak 70.67 peratus daripada had yang dibenarkan (BDM 24,000 kg),” katanya.
Pasukan Petugas Khas ini diketuai oleh Ketua Inspektor Kemalangan Udara, MOT dan dianggotai pakar teknikal bebas serta wakil agensi-agensi berkaitan, termasuk dua Ahli Parlimen.
Pada 13 Mei lalu, kira-kira jam 8.51 pagi, sebuah lori tipper milik syarikat Tashveen Trading sedang dalam perjalanan menghala ke arah Teluk Intan telah terlibat dalam satu pelanggaran dengan sebuah lori FRU Polis Diraja Malaysia di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.
Kejadian tersebut telah meragut nyawa sembilan anggota polis dan sembilan yang lain tercedera.
Ringkasan AI
- Lori masuk laluan bertentangan dan langgar trak FRU Kemalangan berlaku apabila lori membawa batu kerikil memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan trak FRU di Teluk Intan pada 13 Mei.
- Lori bawa muatan berlebihan dan tidak dibenarkan Siasatan mendapati lori membawa batu kerikil secara tidak sah dan melebihi had muatan sebanyak 70.67%.
- Brek panas dan digunakan berlebihan Tanda pemanasan melampau pada brek menunjukkan pemandu menggunakan brek secara berlebihan sebelum kemalangan.