NATIONAL
Nahas trak FRU: Penghormatan terakhir untuk semua mangsa selesai
Waris dan kenalan mangsa mengaminkan doa selepas menunaikan solat jenazah kepada tujuh anggota FRU yang meninggal dunia akibat nahas jalan raya pada Istiadat Penghormatan Terakhir di FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh, 14 Mei 2025. --fotoBERNAMA
IPOH: Sembilan jenazah dan jasad anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan semalam selesai diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di FRU Unit 5, Sungai Senam di sini pada 3.46 pagi ini.
Ringkasan AI
Diberikan istiadat kepahlawanan PDRM, kesemua keranda jenazah dan jasad yang tiba pada 3.13 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak itu dilitup dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang.
Tujuh jenazah anggota FRU yang beragama Islam kemudian disolatkan di Surau Al-Mustakim diimamkan oleh Ustaz Azrul Zaimi Muhammad Ali.
Terdahulu, jenazah dan jasad kesemua anggota FRU itu dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan pada 12.33 tengah malam selepas selesai bedah siasat sebelum tujuh jenazah beragama Islam disolatkan di surau IPD Hilir Perak.
Lebih 500 waris mangsa dan anggota polis menyaksikan perjalanan terakhir perwira negara itu. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.
Selesai istiadat di FRU Unit 5, Sungai Senam, jenazah dan jasad anggota FRU itu dibawa ke lokasi masing-masing untuk dikebumikan.
Insiden pada kira-kira 8.50 pagi Selasa itu menyaksikan sembilan anggota FRU terkorban apabila kenderaan dinaiki mereka, yang dalam perjalanan ke Ipoh selepas satu penugasan di Teluk Intan, dirempuh lori membawa muatan batu menyebabkan lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sembilan anggota FRU terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh lori membawa batu semasa dalam perjalanan pulang ke Ipoh.
- Istiadat penghormatan terakhir dijalankan mengikut protokol rasmi PDRM di FRU Unit 5, Sungai Senam, dengan keranda dilitup Jalur Gemilang dan solat jenazah diadakan bagi tujuh anggota beragama Islam.
- Lebih 500 orang hadir menyaksikan istiadat perpisahan termasuk waris mangsa dan pegawai kanan polis, sebelum jenazah dibawa ke lokasi masing-masing untuk dikebumikan.