DREBAR

NAIAS: Infiniti Q60 Concept

Astro Publication 06/01/2015 | 02:54 MYT
Satu lagi pameran kereta penting akan berlangsung; dan bermula 12 Januari nanti tumpuan industri kereta dan peminat automotif akan fokus kepada Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara (North American International Auto Show, ataupun NAIAS).

Oleh itu seperti biasa, bermulah sesi menarik minat orang awam dengan pelbagai kereta konsep dan model terbaharu syarikat masing-masing sebelum ia bermula secara rasmi.

Kita mulakan dengan Infiniti, iaitu unit unit Nissan yang menghasilkan model-model premium sepertimana hubungan Lexus dengan Toyota.

Q60 Concept yang bakal ditunjukkan di NAIAS adalah sebuah coupe sport premium, yang mempunyai beberapa persamaan dengan Q80 Inspiration yang mula dipertontonkan sewaktu pameran kereta Paris Oktober lepas. Ini termasuk paras bumbung yang sangat rendah serta kemasan kerusi yang berjahit rapi.

Imej sporty diketengahkan dengan roda 21 inci dengan rekaan yang diinspirasikan daripada bilah turbin jet. Penggunaan gentian karbon banyak dapat dilihat di bahagian dalaman kereta.

Koupe Q60 Concept ini diberikan konfigurasi tempat duduk 2+2 sebenar menggunakan kerusi sport yang lebih nipis, lalu memberikan lebih ruang kaki kepada penumpang belakang. Mengikut Infiniti, falsafah penggayaan masa hadapan syarikat ini akan berdasarkan kepada Q60 COncept ini, selain Q80 Inspiration.

Q60 Concept akan mula dipersembahkan di khemah Infiniti bermula Januari 13 di NAIAS yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat dari 12 Januari sehingga 25 Januari.
# # NAIAS # Q60 #infiniti