[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah meninggal dunia

Astro Awani 11/06/2021 | 15:07 MYT
Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad meninggal dunia pada petang Jumaat.
KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada jam 2 petang tadi. Beliau berusia 70 tahun.
Pemergian Allahyarham dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Dukacita menerima perkhabaran Naib Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Baharin Mohamad telah kembali ke rahmatullah siang tadi.
"Allahyarham meninggalkan kita pada hari Jumaat hari yang mulia penghulu segala hari. Al-Fatihah," katanya dalam melalui satu ciapan di laman Twitternya pada Jumaat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan Bernama, Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Said Seremban pada jam 6 petang.
Allahyarham juga merupakan Naib Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan (PLBNS).
Menurut Timbalan Presiden PLBNS Yunus Ibrahim, Allahyarham telah disahkan positif COVID-19 pada 2 Jun lalu dan dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sesak nafas.
Yunus berkata Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Normah Sentol dan dua anak.
#Zahid Hamidi #UMNO #Twitter #Naib Ketua UMNO Rasah #meninggal dunia #Datuk Baharin Mohamad