Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Naib Presiden Botswana beri kunjungan hormat kepada PM Anwar

Hafiz Marzukhi 21/11/2025 | 15:41 MYT
Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA
JOHANNESBURG: Hubungan diplomatik Malaysia dan Botswana yang telah terjalin lebih tiga dekad terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Naib Presiden Botswana, Ndaba Nkosinathi Gaolathe kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ringkasan AI
  • Hubungan diplomatik Malaysia dan Botswana diperkukuh menerusi kunjungan Naib Presiden Botswana kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • Anwar menegaskan Botswana adalah rakan penting Malaysia di Afrika dengan pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk pendawaian automotif dan kampus Limkokwing University.
  • Kerjasama erat melalui PEMANDU dan tenaga pakar Malaysia membantu memperkukuh institusi Botswana dalam pertumbuhan ekonomi dan reformasi perkhidmatan awam.


Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menelusuri perjalanan hubungan dua hala yang dibina atas asas kepercayaan serta aspirasi bersama demi kemajuan rakyat Malaysia dan Botswana.

Anwar telah menegaskan Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di rantau Afrika.

Ini dibuktikan melalui pelbagai pelaburan Malaysia di negara tersebut, termasuk sektor pembuatan pendawaian automotif, kewujudan kampus Limkokwing University di Gaborone, serta operasi penyelenggaraan lokomotif dan gerabak kereta api oleh syarikat Malaysia.

Gaolathe turut menyampaikan penghargaan terhadap kerjasama erat antara Botswana dan Malaysia melalui PEMANDU serta tenaga pakar Malaysia, yang disifatkan telah membantu memperkukuh keupayaan institusi Botswana dalam agenda pertumbuhan ekonomi dan reformasi perkhidmatan awam.

Kedua-dua negara turut bersetuju untuk meneroka ruang kerjasama baharu, khususnya dalam bidang yang mampu membawa manfaat bersama dan memperluas hubungan strategik sedia ada.




#Perdana Menteri Anwar Ibrahim #kunjungan hormat #Naib Presiden Botswana Ndaba Nkosinathi Gaolathe #hubungan diplomatik