KUALA LUMPUR: Naib Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) Kamaruzaman Kadir disahkan meninggal dunia pada umur 76 tahun di kediamannya di Sri Kembangan, Selangor, kira-kira 9 pagi semalam.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat MBBF Syed Fairus Syed Ali yang turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham telah dimandikan di Surau Taman Muhibah, Kajang dan dikebumikan di Chemor, Perak pada 5.30 petang semalam.
"Kami dapat berita pemergian Allahyarham daripada anaknya yang memaklumkan menerusi aplikasi Whatsapp, arwah meninggal di kediamannya kerana penyakit buah pinggang, beliau merupakan pesakit dialisis sejak 2011," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Syed Fairus berkata pemergian Kamaruzaman yang merupakan Presiden Persatuan Para Powerlifting Malaysia merupakan kehilangan besar buat arena sukan bina badan negara kerana Allahyarham banyak menyumbangkan jasa terutamanya kepada sukan para powerlifting.
Sementara itu World Para Powerlifting (WPP) dalam kenyataan turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Kamaruzaman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sukan Para Powerlifting Dunia (STC).
"Kamaruzaman memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan itu di Asia dan di seluruh dunia dalam tempoh 20 tahun lepas, kami amat sedih dengan pemergian Kamaruzaman yang merupakan Perwakilan Teknikal (TD) dan Pegawai Teknikal Antarabangsa (ITO) selama lebih 20 tahun.
"Kamaruzaman mengambil bahagian dalam hampir semua acara powerlifting para utama abad ini dari Sukan Paralimpik sehingga Kejohanan Dunia dan acara serantau seperti Sukan Komanwel. (Beliau ialah) seorang pesara Pegawai Tentera Laut yang berkhidmat untuk negaranya dari 1970 hingga 1996," menurut kenyataan itu.
WPP berkata Kamaruzaman juga merupakan antara pengasas Sukan Para Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan terlibat secara langsung dalam Sukan Para Asia pertama yang menyokong Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC) Malaysia.
Selain itu, Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) Osoth Bhavilai dalam kenyataan lain berkata pemergian Kamaruzaman merupakan satu kehilangan besar kepada APSF dan sukan para powerlifting iaitu beliau seorang pegawai tertinggi yang berkaliber di kedudukan tertinggi di dalam dan luar negara.
"Beliau telah banyak menyumbang kepada sukan ini dalam kapasitinya sebagai Perwakilan Teknikal Powerlifting yang dihormati di Sukan Para ASEAN, serta setia berkhidmat untuk Jawatankuasa Teknikal Sukan Powerlifting (STC) Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) sebagai Naib Pengerusi.
"Ingatan, doa dan simpati buat keluarga terdekat Kamaruzaman, rakan-rakan serta Persatuan Para Powerlifting Malaysia, NPC Malaysia serta Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Allahyarham telah dikebumikan di Chemor, Perak pada 5.30 petang semalam. - Gambar/ Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Naib Presiden MBBF Kamaruzaman meninggal dunia
Naib Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) Kamaruzaman Kadir disahkan meninggal dunia pada umur 76 tahun di kediamannya di Sri Kembangan, Selangor.
Berhentilah 'ganggu' Muhammad Ziyad
Kamaruzaman Kadir khuatir situasi itu jika dibiarkan berlarutan, mampu menjejaskan emosi atlet berusia 31 tahun itu.
Sesi pemilihan awal atlet bina badan ke Sukan SEA 2021 Ahad ini
Pihaknya tidak menetapkan jumlah atlet untuk menyertai pemilihan awal itu sebaliknya berharap ramai akan turun memperagakan tubuh 'sado' mereka pada sesi berkenaan.