awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Presiden Warisan dipanggil SPRM

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
07/11/2017
04:37 MYT
Naib Presiden Warisan dipanggil SPRM
Peter Anthony ditemui media selepas memberi keterangan hampir 25 minit di pejabat SPRM Sabah.
Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, hari ini.
Ahli politik berusia 45 tahun itu hadir ke pejabat SPRM kira-kira pukul 9.30 pagi dengan ditemani peguamnya, Martin Tommy dan Loretto Padua Jr.
Turut kelihatan beberapa pemimpin, ahli dan penyokong parti pembangkang itu.
Peter berkata, beliau diminta hadir ke pejabat SPRM bagi membantu satu siasatan namun tidak mendedahkan mengenai kes yang disiasat itu.
"Saya diminta hadir ke pejabat SPRM bagi membantu satu siasatan tetapi tidak dimaklumkan kes tersebut. Malah, pegawai yang bertugas telah mengeluarkan waran kepada saya untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 8.30 pagi esok," katanya ketika ditemui media di pejabat SPRM di sini hari ini.
Peter sebelum ini dibebaskan pada 13 Oktober lalu atas jaminan SPRM selepas disiasat berhubung kes penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.
Semalam, seorang bekas Menteri Kabinet dipanggil ke pejabat SPRM Sabah untuk membantu siasatan berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan sebuah universiti tempatan di Sabah bernilai RM43 juta.
Topic Berkaitan
#bekas Menteri Kabinet
#kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan
#kontrak penyelenggaraan
#pembangkang
#Peter Anthony
#SPRM
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan