KUANTAN: Berada di bumbung disangkakan sudah cukup tinggi, namun ia ternyata tetap tidak selamat buat dua beranak yang terperangkap banjir di Kampung Batu Sawar, Bukit Kuin di sini.
Sahadan Ibrahim, 54, berkata dia dan anaknya, Fikri, 21, membuat keputusan untuk memanjat bumbung rumah kongsi dihuni mereka apabila banjir mula melanda pada 11 malam semalam sebelum meningkat secara mendadak pada 2 petang tadi.
"Bagaimanapun, paras air semakin menghampiri kami menyebabkan kami mula berfikir sama ada mahu terus bertahan di atas bumbung....selepas berbincang, kami nekad untuk berenang ke arah rumah dua tingkat yang terletak kira-kira 50 meter.
"Syukur kami selamat walaupun arus deras dan dapat bertahan di bumbung rumah itu sehingga diselamatkan seorang penduduk kampung yang menaiki bot fiber," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Jambatan Sungai Riau, Bukit Kuin hari ini.
Sahadan yang bekerja sebagai tukang kimpal memberitahu mereka pada awalnya berhasrat 'mahu bertahan' di rumah kerana beranggapan banjir tahun ini tidak terlalu teruk, namun sangkaan itu meleset sama sekali.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
Banjir kali ini, menurut Sahadan adalah yang paling teruk pernah dialaminya sejak mula menetap di Bukit Kuin lima tahun lepas.
"Air naik dengan cepat dan walaupun sudah meletakkan barangan penting di bahagian tinggi, namun akhirnya semuanya tidak dapat diselamatkan kerana kami tidak sempat mencapainya (semasa mahu ke bumbung) kerana fikiran semasa itu hanya mahu menyelamatkan diri," katanya.
Sementara itu, Sulaiman Roslan, 25, berkata dia bergegas mencari bapa mentuanya selepas menerima panggilan daripada Sahadan pagi ini memaklumkan mereka mahu memanjat bumbung bagi menyelamatkan diri.
Sulaiman berkata setibanya di Bukit Kuin, dia agak buntu bagaimana mahu ke kampung tersebut kerana laluan masuk sudah ditenggelami air, namun ada penduduk kampung menyediakan perkhidmatan sewa bot untuk mereka yang mahu ke seberang.
"Sedang berkira-kira apa yang hendak dilakukan, saya melihat bot dinaiki bapa mentua dan adik ipar menghampiri tempat kami berkumpul. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun mereka tinggal sehelai sepinggang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Keadaan banjir di Kampung Bukit Kuin yang terputus hubungan akibat limpahan air Sungai Riau sepanjang satu kilometer sejak semalam. - Foto BERNAMA
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.