KAJANG: Syarikat pemegang konsesi diminta supaya menaik taraf laluan motosikal di lebuh raya masing-masing, agar ia juga sesuai digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi, dalam membantu usaha mengurangkan risiko kemalangan.
Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Seri Jalaluddin Alias yang membuat permintaan itu berkata ada beberapa laluan seperti laluan masuk lorong motosikal di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dan boleh mengakibatkan kemalangan.
"Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan sewajarnya bagi penunggang motosikal jenis ini bagi memastikan keselamatan penunggangnya," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM di Wisma Lebuh Raya di sini semalam.
Beliau berkata di sepanjang lebuh raya seliaan LLM dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, lebih 10,000 kemalangan jalan raya dilaporkan, dengan kemalangan maut membabitkan motosikal adalah tinggi iaitu kira-kira 200 kes.
Katanya syarikat konsesi lebuh raya juga perlu membuat penambahbaikan laluan motosikal dengan mengambil kira kemalangan akibat cuaca buruk, termasuk risiko penunggang motosikal dilanggar ketika berhenti di bawah jejambat untuk berteduh ketika hujan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Jalaluddin (tiga, kanan) melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM di Kajang, 26 Jun 2023. --fotoBERNAMA
HIES 2022: Apa makna kepada rakyat, negara?
Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid membincangkan pertumbuhan pendapatan isi rumah Malaysia pada 2022 (1.9%) dan peningkatan kemiskinan mutlak (6.2%) dengan menyentuh berkaitan projek rintis gaji progresif, menekankan kebolehpercayaan majikan dan kesaksamaan dalam kenaikan gaji berdasarkan produktiviti, dengan penekanan pada kajian impak sebelum menjadikannya mandatori.
Jumlah kemasukan pelancong seramai 26 juta setakat November - MOTAC
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah pelancong diharap akan meningkat sebelum hujung tahun menerusi pengumuman visa berkecuali dari India dan China.

Sokongan terhadap UMNO akan terus merosot jika terus bersama DAP - Tun M
Tun M mendakwa selagi UMNO terus bekerjasama dengan DAP sokongan terhadap parti itu akan terus merosot.
EdgePoint Infrastructure: Bridging ASEAN's Digital Divide
Explore EdgePoint's role in ASEAN telecommunications and their white paper tackling digital equity challenges in Malaysia, Indonesia, and the Philippines with Muniff Kamaruddin, CEO, EdgePoint Towers.
Dagangan Bursa Malaysia dijangka tinggi minggu ini dengan beberapa penjajaran semula portfolio
Bursa Malaysia dijangka mengalami penyesuaian portfolio dan kemas kini akaun minggu ini, berpotensi memberi impak kepada indeks penanda aras. Justeru, analisis teknikal menunjukkan lantunan dalam indeks penanda aras, dengan potensi trend menaik jika FBM KLCI melepasi garisan rintangan 1,465.

Malaysia dipilih sebagai negara hos sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 - MOTAC
Malaysia telah dipilih sebagai negara hos bagi penganjuran program sambutan World Tourism Day (WTD) 2025 di peringkat global bertemakan Tourism and Sustainable Transformation.
Data & Statistik: Prestasi semasa FTSE Bursa Malaysia KLCI – 4 Disember 2023
Jiwa SME: Automasi merancakkan perniagaan tembusi pasaran luar negara
Bertam Best, kopi pra campuran, diasaskan 17 tahun lalu dan kini diterajui oleh Mohd Zaki Zakaria. Produk ini kini berjaya menembusi pasaran global termasuk Singapura, Brunei, dan Lubnan, dan merancang untuk memasuki Indonesia, Filipina, dan pasaran Asia Barat.
Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan rendah minggu ini
Harga niaga minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives turun disebabkan inventori tinggi, dengan stok Malaysia 2.4 juta tan metrik dan Indonesia lebih dari lima juta tan metrik. Harga MSM tempatan bercampur-campur, dipengaruhi oleh pasaran serantau dan perubahan harga minyak kacang soya di CBOT.
Data ekonomi Amerika Syarikat akan tentukan kedudukan ringgit minggu ini
Pasar pertukaran asing dijangka berhati-hati minggu ini dengan fokus kepada data penting seperti Laporan NFP AS dan kadar pengangguran. Pakar meramalkan Ringgit berdagang dalam julat RM4.67 hingga RM4.68 berbanding Dolar AS menjelang mesyuarat FOMC.

Naik taraf laluan motosikal agar sesuai dengan motosikal berkuasa tinggi - Pengerusi LLM
Ada beberapa laluan seperti di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Pemandu kereta guna laluan motosikal di plaza tol disaman
Tindakan saman di bawah Rule 008(3) LN 166/59) atas kesalahan tidak ikut tanda laluan trafik telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Polis cari lelaki pandu kereta di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan
Siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Garis panduan untuk p-hailing dikeluarkan
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal bagi tujuan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan secara dalam talian mesti patuh garis panduan ditetapkan.

Penguatkuasaan lebih bersepadu oleh polis, JPJ kekang kemalangan basikal lajak
Penguatkuasaan penting bagi memastikan penggunaan basikal lajak tidak dilakukan di kawasan yang sesak dengan lalu lintas.

Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

JKJR berhasrat tingkatkan kualiti laluan khas motosikal
Jabatan itu bersama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berbincang memastikan kemudahan itu memberi manfaat.