PAPAR: Fasa Dua projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Kogopon di sini, dijangka mula dilaksanakan pada suku kedua tahun ini bagi menyelesaikan bekalan air yang berlarutan di sekitar daerah ini khususnya di kawasan Kinarut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata projek yang kini dalam peringkat akhir penilaian tender dan melibatkan peruntukan RM379 juta itu akan menambah kapasiti pengeluaran LRA tersebut daripada 40 Juta Liter Sehari (JLS) kepada 80 JLS.
"Dalam masa terdekat penilaian tender ini akan dihantar ke Lembaga Tender di peringkat Kementerian Kewangan Sabah dan ia merupakan satu projek yang peruntukannya melalui pinjaman kerajaan Persekutuan.
"Oleh itu, kita berharap semua proses sehingga pelantikan kontraktor dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat di LRA berkenaan, di sini. hari ini.
Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata projek berkenaan dijangka dapat disiapkan pada 2026 sekiranya ia dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Beliau berkata pihak Pegawai Daerah juga telah dimaklumkan agar proses perjalanan projek berkenaan dimasukan dalam agenda Majlis Tindakan Daerah agar ia dapat dipantau sehingga siap kelak.
"Apa yang kita mahu agar projek ini benar-benar siap pada 2026...kita tidak mahu rakyat terbeban lebih lama akibat masalah ini," tambahnya.
Sementara itu, Armizan berharap kerajaan menjadikan projek berkenaan sebagai contoh untuk melaksanakan sesebuah projek.
"Sebenarnya projek ini telah diluluskan pada 2012, namun prapelaksanaannya mengambil masa sehingga lebih 10 tahun menyebabkan beberapa masalah yang timbul. Masalah pertama yang timbul adalah masalah yang kecil akan menjadi besar dan rakyat terpaksa menunggu lama untuk isu berkenaan diselesaikan.
"Isu kedua adalah peruntukan. Sebenarnya peruntukan projek ini hanya RM312 juta, namun terpaksa dinaikkan 25 peratus iaitu tambahan RM67 juta. Namun saya tidak salahkan sesiapa, tetapi perkara itu perlu dijadikan sebagai rujukan kepada projek yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
Armizan Mohd Ali (kanan) ketika ketika melakukan lawatan ke Loji Rawatan Air Kogopon Papar hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.