awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Na'imah akan cabar perintah beku RM758 juta aset di London

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2025
05:45 MYT
Na'imah akan cabar perintah beku RM758 juta aset di London
Na’imah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tidak pernah dimaklumkan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid akan mencabar perintah Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahkan aset miliknya dan keluarganya di London bernilai 132 juta pound (RM758.2 juta) yang dibekukan.

Ringkasan AI
  • Cabaran terhadap pembekuan aset: Isteri bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Naimah Abdul Khalid akan mencabar perintah Mahkamah Tinggi yang membekukan aset milik keluarganya di London bernilai RM758.2 juta.
  • Tindakan SPRM dipersoalkan: Naimah mendakwa keluarganya tidak dimaklumkan mengenai pembekuan aset dan menyifatkan tindakan SPRM sebagai bercanggah dengan norma undang-undang.
  • Aset yang terlibat: Pembekuan melibatkan tujuh aset di London, termasuk dua bangunan komersial, lima kediaman mewah, dan satu akaun bank. Perintah mahkamah akan dihantar kepada pihak berkuasa UK untuk pelaksanaan.

Na’imah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tidak pernah dimaklumkan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut.
Susulan itu, katanya, tindakan SPRM membuat permohonan secara sebelah pihak atau ex-parte merupakan satu pencabulan mengejut terhadap norma undang-undang yang paling asas.
“Saya akan melawan tindakan yang bermotifkan politik, melulu, pendendam dan melanggar undang-undang ini melalui semua saluran undang-undang yang ada pada saya,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikongsi oleh peguamnya, Rajesh Nagarajan.
Pada Rabu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan aset luar negara itu dibekukan.
Tujuh aset yang dibekukan – semuanya terletak di London – merangkumi dua bangunan komersial, lima kediaman mewah dan satu akaun bank. Akaun bank tersebut didaftarkan atas nama Yayasan Ilham.
Satu daripada bangunan komersial itu terletak di St Mary Axe, London dan dibeli pada Julai 2013 pada harga 23.7 juta pound (RM136.2 juta), manakala satu lagi terletak di One Crown Court, Cheapside, London yang dibeli pada Oktober 2014 dengan harga 31.5 juta pound (RM181 juta).
Hartanah lain yang turut dibekukan ialah tiga kediaman mewah – dua daripadanya beralamat di Bryanston Square dan Bryanston Mews, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga 37.8 juta pound (RM217.3 juta), serta satu lagi di Lancaster Gate, London yang dibeli pada tarikh sama dengan harga 31.2 juta pound (RM179.4 juta).
Turut dibekukan ialah dua kediaman di Gloucester Place yang dibeli pada 8 Januari 2021 pada harga 8.1 juta pound (RM46.5 juta).
Perintah mahkamah tersebut kini akan dihantar kepada pihak berkuasa United Kingdom untuk pelaksanaan pembekuan aset berkenaan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Na imah Abdul Khalid
#aset dibekukan
#SPRM
#United Kingdom
#Daim Zainuddin
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan