MALAYSIA

NAIO genap setahun, Malaysia masuk fasa pelaksanaan AI 2026

Nik Nuur Azam Shah 12/12/2025 | 11:30 MYT
NAIO berjaya memperkenalkan rangka tadbir urus AI, memperkuatkan pelajar tempatan, dan memperluas penggunaan AI dalam sektor PKS. -Gambar hiasan/ NAIO
GENAP setahun sejak penubuhannya, National Artificial Intelligence Office (NAIO) kini menandakan satu peralihan penting dalam agenda digital negara.


Ringkasan AI
  • Genap setahun penubuhan, National Artificial Intelligence Office (NAIO) menandakan peralihan penting dalam agenda digital negara selepas setahun penubuhannya.
  • NAIO berjaya memperkenalkan rangka tadbir urus AI, memperkuatkan pelajar tempatan, dan memperluas penggunaan AI dalam sektor PKS.
  • Malaysia terus memperkukuh kedudukan sebagai pemain aktif dalam kerjasama serantau demi memacu kemajuan AI yang memberi kesan kepada seluruh rantau.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam tempoh 12 bulan yang singkat, NAIO berjaya membina asas kukuh ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia dengan menetapkan hala tuju nasional, memperkenalkan rangka tadbir urus AI yang dipercayai untuk melindungi rakyat, serta memperkasa pelajar dan bakat tempatan melalui pelbagai program pembangunan kemahiran.

Usaha ini turut disokong melalui inisiatif memperluas penggunaan AI dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), selain membantu PKS mengadaptasi teknologi secara lebih menyeluruh.

Pada masa sama, pelbagai peluang dan aplikasi AI dibawa ke peringkat komuniti bagi memastikan manfaat teknologi ini tidak terhad kepada bandar atau industri besar sahaja.


Malaysia juga terus memperkukuh kedudukan sebagai pemain aktif dalam kerjasama serantau. Melalui kepimpinan bersama negara ASEAN, NAIO terlibat dalam pembangunan rangka kerja, perkongsian kepakaran, dan usaha memacu kemajuan AI yang memberi kesan kepada seluruh rantau.

Dengan asas yang telah mantap, negara kini memasuki fasa seterusnya bermula 2026 yang menumpukan kepada pelaksanaan dan penyampaian teknologi AI secara lebih meluas. Fokus utama ialah memastikan rakyat merasai manfaat sebenar kecerdasan buatan dalam kehidupan harian, sama ada melalui perkhidmatan awam yang lebih cekap, perniagaan yang lebih berdaya saing, atau peluang pekerjaan baharu yang lahir daripada ekonomi digital.

NAIO ditubuhkan pada 28 Ogos oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah memecut penerapan AI negara. Matlamatnya ialah memupuk inovasi, memastikan pembangunan teknologi ini dilakukan secara etika dan bertanggungjawab, serta mengukuhkan daya saing Malaysia sebagai peneraju AI di peringkat serantau.

Setahun berlalu, perjalanan NAIO kini bergerak ke bab yang lebih besar. Kerja asas telah siap dan tumpuan negara berpindah kepada hasil nyata. Malaysia bersedia melangkah sebagai AI Nation 2030.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa peranan National Artificial Intelligence Office (NAIO) dalam agenda digital negara Malaysia?
    A: NAIO membina asas kukuh ekosistem kecerdasan buatan Malaysia, menetapkan hala tuju nasional, dan memperkenalkan rangka tadbir urus AI yang dipercayai.
  • Q: Bagaimana NAIO membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam penggunaan teknologi AI?
    A: NAIO membantu PKS mengadaptasi teknologi secara lebih menyeluruh dan memperluas penggunaan AI dalam sektor PKS.
  • Q: Apakah fokus utama NAIO bermula tahun 2026?
    A: Fokus utama NAIO bermula tahun 2026 adalah pelaksanaan dan penyampaian teknologi AI secara lebih meluas untuk memastikan rakyat merasai manfaat kecerdasan buatan dalam kehidupan harian.



#NAIO #AI #Kecerdesan Buatan #PKS #ASEAN