MALAYSIA
NAIO kumpul maklum balas awam untuk Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan
Kementerian Digital berkata NAIO komited bagi memastikan pembangunan AI di Malaysia dirancang secara terangkum dan berpandangan ke hadapan.
KUALA LUMPUR: Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) sedang mengumpul maklum balas awam untuk Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan 2026-2030.
Di bawah Kementerian Digital, NAIO melancarkan rundingan awam bagi mengumpul pandangan mengenai kesiapsiagaan dan keutamaan Malaysia dalam bidang AI sekali gus menandakan langkah pertama ke arah pelan tindakan berkenaan.
Kementerian itu dalam satu kenyataan semalam berkata rundingan tersebut yang dijalankan melalui soal selidik dalam talian yang ringkas, bermatlamat mengumpul pandangan mengenai kebimbangan seperti penggantian pekerjaan, privasi data serta peluang untuk AI dalam perkhidmatan awam, pendidikan dan kelestarian.
"Ia juga menggalakkan para peserta berkongsi idea berani atau imaginatif berhubung bagaimana AI dapat meningkatkan kehidupan seharian iaitu daripada perkhidmatan awam dan keselamatan hingga ke kelestarian dan pendidikan," menurut kenyataan tersebut.
Kementerian itu berkata NAIO komited bagi memastikan pembangunan AI di Malaysia dirancang secara terangkum dan berpandangan ke hadapan.
"Maklum balas awam akan membentuk asas penting bagi dasar dan inisiatif yang mampu menangani keperluan sebenar masyarakat serta memacu kemajuan negara," kata kenyataan berkenaan.
Ia juga berkata Pelan Tindakan Teknologi AI Kebangsaan akan mengamalkan pendekatan di seluruh negara bagi memastikan pelbagai sektor seperti kerajaan, industri, ahli akademik dan orang awam turut terlibat dengan hasrat jelas iaitu membina sistem AI yang kukuh, terangkum serta dipercayai.
Soal selidik ini boleh didapati di laman sesawang NAIO di www.ai.gov.my serta di platform rasmi LinkedIn, Instagram dan Facebook pejabat berkenaan.
-- BERNAMA