awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib akan fail permohonan untuk batalkan saman Anina

Bernama
Bernama
21/09/2015
09:53 MYT
Najib akan fail permohonan untuk batalkan saman Anina
Anina sebelum ini memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura. - Astro AWANI/Gambar fail
Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh akan memfailkan permohonan esok untuk membatalkan saman berhubung wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dan presiden parti itu.
Peguam Nor Emilia Mohd Iszeham yang mewakili Najib dan Abdul Rauf memberitahu media bahawa kedua-dua defendan juga akan memfailkan satu lagi permohonan iaitu untuk menggantung prosiding beberapa permohonan yang difailkan plaintif sementara permohonan untuk membatalkan saman didengar.
"Kami akan memfailkan permohonan itu esok," katanya selepas kes itu disebut di dalam kamar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin.
Pada 28 Ogos lepas, Anina Saadudin, bekas anggota UMNO, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anina pula berkata mahkamah mengarahkan pernyataan pembelaan difailkan selewat-lewatnya 1 Okt.
Aizul Rohan berkata mahkamah menetapkan 26 Okt untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Topic Berkaitan
#Abdul Rauf Yusoh
#Anina Saadudin
#Najib Razak
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan