awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib batal guna helikopter ke Sematan akibat jerebu

Bernama
Bernama
15/09/2015
08:26 MYT
Najib batal guna helikopter ke Sematan akibat jerebu
Perdana Menteri dijadual ke Sematan bagi menghadiri majlis pelancaran memulakan kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Jajaran Telok Melano-Sematan. - Gambar Fail
Jadual perjalanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ke Sematan di Lundu, 107km dari sini menggunakan helikopter terpaksa diubah menggunakan kereta akibat jerebu.
Menurut pegawai di Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat (UPAK), Jabatan Ketua Menteri Sarawak, keadaan berjerebu tidak sesuai untuk sebarang perjalanan menggunakan helikopter.
Perdana Menteri dijadual ke Sematan bagi menghadiri majlis pelancaran memulakan kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Jajaran Telok Melano-Sematan.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAB Kuching) kira-kira 2.20 petang.
Turut serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Ketibaan perdana menteri dan isteri disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isteri Puan Sri Empiang Jabu, Setiausaha Persekutuan Datuk Md Yahaya Basimin, wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional Sarawak, ketua-ketua masyarakat serta ketua-ketua kaum di negeri ini.
Perdana Menteri kemudiannya bergerak ke Sematan menggunakan kereta dan perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira sejam tiga puluh minit.
Sementara itu, Pengurus LTAB Kuching Malaysia Airports Holdings Bhd Mohd Nadzim Hashim yang ditemui ketika menunggu ketibaan perdana menteri berkata penerbangan menggunakan helikopter dalam keadaan berjerebu berbahaya kerana juruterbang menerbangkan helikopter berdasarkan penglihatan sepenuhnya.
"Juruterbang kapal terbang boleh monitor perjalanan dari radar, tetapi kalau helikopter memang bergantung kepada visual (penglihatan) jadi kalau terbang dalam keadaan berjerebu memang berisiko," katanya.
Setakat 12 tengah hari tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Kuching adalah 115 iaitu tahap tidak sihat.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Kuching
#Najib Razak
#Sarawak
#Sematan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan