MALAYSIA

Najib: Beri keutamaan kepada pencegahan dalam masalah jerebu

Astro Awani 21/06/2013 | 00:26 MYT
Kesan bencana jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini mendapat perhatian perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam Tweet terbaru beliau menyeru pihak berkenaan menggerakkan sistem pemantauan kesihatan.

Menurut Najib, ia perlu bagi mengesan penyakit berkaitan jerebu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Perdana Menteri turut menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat dan bahaya di beberapa kawasan memaksa sekolah ditutup dan aktiviti luar dibataskan.

Jerebu dikatakan berpunca daripada pembakaran hutan terbuka di negara jiran Indonesia untuk tujuan pertanian.
#Datuk Seri Najib Tun Razak #haze #tweeter