awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib berlepas ke Tokyo untuk lawatan kerja

Bernama
Bernama
11/12/2013
23:30 MYT
Najib berlepas ke Tokyo untuk lawatan kerja
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sebelum berlepas ke Jepun. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Tokyo Rabu malam untuk lawatan kerja empat hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun.
Beliau yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dengan menaiki pesawat khas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 10.45 malam.
Najib dan pemimpin Asean dan Jepun dijangka memberi penekanan semula kepada hubungan rapat dan berpanjangan kedua-dua pihak selain memperaku tiga dokumen yang menggariskan program serta aktiviti yang akan memperkukuhkan lagi hubungan sedia ada.
Selain itu, Najib dan isteri juga akan menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan isteri Akie Abe.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Abe.
Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan persidangan ke-32 Persatuan Ekonimi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca).
Selain itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di Jepun dan melancarkan 1Malaysia for Youth (1M4U) cawangan Tokyo yang dijangka dihadiri lebih 150 pelajar.
Najib dijangka pulang ke Kuala Lumpur, Ahad ini.
Topic Berkaitan
#Najib Tun Razak
#Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca)
#persidangan ke-32 Persatuan Ekonimi Malaysia-Jepun (Majeca)
#Shinzo Abe
#Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Penubuhan Hubungan Dialog Asean-Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan