Najib bidas Dr Mahathir

Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.
"Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan," kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia, di sini.
Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa seorang daripada perdana menteri saya yang terdahulu akan menentang saya dengan cara begini," kata Najib.
Perdana Menteri menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatan dan bahawa kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

