MALAYSIA
Najib bukan orang kampung hingga boleh dikelirukan pengurusan 1MDB - Hakim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak hujahan bahawa Najib (foto) disesatkan oleh pengurusan 1MDB, dengan hakim menyatakan Najib bukan "orang kampung" semasa kejadian berlaku. -Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi pada Jumaat memberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan ‘orang kampung’ sehingga mudah dikelirukan oleh pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman, di sini, berkata, mahkamah menolak hujahan pembelaan itu bahawa Najib, 72, telah disesatkan oleh syarikat strategik negara sehingga mengundang kepada pendakwaan kes berkenaan.
“Najib bukan orang kampung, hakikatnya semasa kejadian dia merupakan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
"Jadi mahkamah mendapati, hujahan bahawa dia telah disesatkan sebagai tidak bermaruah," kata hakim.
Beliau berkata, mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan bahawa, bekas Presiden UMNO hanya memberi fokus kepada pentadbiran negara.
Susulan itu katanya, tertuduh mengarahkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menemani bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin bagi urusan syarikat ke Abu Dhabi dan China.
Collin yang mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember lalu berkata, ada juga keterangan menunjukkan bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu meminta Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah supaya tidak bimbang selepas bekas Menteri Kewangan II terbabit mengutarakan kemusykilan mengenai 1MDB.
“Tertuduh juga berada dalam keadaan sedar apabila menolak nasihat daripada pihak pengurusan 1MDB termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi melibatkan Jho Low.
“Susulan itu mahkamah menyimpulkan bahawa Jho Low telah bertindak sebagai proksi dan ejen kepada Najib, selain ada bukti bergambar ketika bercuti sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah menolak hujahan pembelaan bahawa keterangan saksi pendakwaan bersifat dengar cakap kerana penjelasan mereka disokong oleh bukti.
Selepas tiga jam membaca dapatan keputusan 25 kes penyelewengan dana 1MDB, beliau menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari bagi memberi ruang kepada solat Jumaat.
“Prosiding bersambung jam 3 petang dan saya masih memerlukan masa selama satu jam untuk membaca baki keputusan berkenaan,” katanya.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.
Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi menolak hujahan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak disesatkan oleh 1MDB, menyatakan beliau bukan 'orang kampung' semasa kejadian berlaku.
- Najib disebut mengarahkan Jho Low menemani pegawai khasnya bagi urusan syarikat ke luar negara, menunjukkan keterlibatannya secara sedar.
- Bekas Perdana Menteri itu menghadapi empat pertuduhan suapan dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram dalam kes dana 1MDB, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM5 juta.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Istana Kehakiman, di sini, berkata, mahkamah menolak hujahan pembelaan itu bahawa Najib, 72, telah disesatkan oleh syarikat strategik negara sehingga mengundang kepada pendakwaan kes berkenaan.
“Najib bukan orang kampung, hakikatnya semasa kejadian dia merupakan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
"Jadi mahkamah mendapati, hujahan bahawa dia telah disesatkan sebagai tidak bermaruah," kata hakim.
Beliau berkata, mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan bahawa, bekas Presiden UMNO hanya memberi fokus kepada pentadbiran negara.
Susulan itu katanya, tertuduh mengarahkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menemani bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin bagi urusan syarikat ke Abu Dhabi dan China.
Collin yang mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 3 Disember lalu berkata, ada juga keterangan menunjukkan bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu meminta Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah supaya tidak bimbang selepas bekas Menteri Kewangan II terbabit mengutarakan kemusykilan mengenai 1MDB.
“Tertuduh juga berada dalam keadaan sedar apabila menolak nasihat daripada pihak pengurusan 1MDB termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi melibatkan Jho Low.
“Susulan itu mahkamah menyimpulkan bahawa Jho Low telah bertindak sebagai proksi dan ejen kepada Najib, selain ada bukti bergambar ketika bercuti sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah menolak hujahan pembelaan bahawa keterangan saksi pendakwaan bersifat dengar cakap kerana penjelasan mereka disokong oleh bukti.
Selepas tiga jam membaca dapatan keputusan 25 kes penyelewengan dana 1MDB, beliau menangguhkan prosiding pada jam 12.15 tengah hari bagi memberi ruang kepada solat Jumaat.
“Prosiding bersambung jam 3 petang dan saya masih memerlukan masa selama satu jam untuk membaca baki keputusan berkenaan,” katanya.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.
Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah hujahan pembelaan yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi berkenaan bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam kes 1MDB?
A: Mahkamah menolak hujahan bahawa Najib telah disesatkan oleh pihak pengurusan 1MDB dan tidak bermaruah, serta hujahan bahawa beliau hanya memberi fokus kepada pentadbiran negara. - Q: Siapakah individu yang dikatakan bertindak sebagai proksi dan ejen kepada Najib dalam kes 1MDB?
A: Jho Low disebut sebagai proksi dan ejen kepada Najib berdasarkan dapatan mahkamah, selain terdapat bukti bergambar yang menunjukkan hubungan mereka. - Q: Apakah hukuman yang mungkin dihadapi oleh Najib jika didapati bersalah dalam kes 1MDB?
A: Najib berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan atau RM10,000 yang lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan. Hukuman juga termasuk penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta bagi pertuduhan pengubahan wang haram.