KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, penangguhan itu perlu diambil kira memandangkan situasi negara yang berdepan dengan keadaan banjir selain kes penularan COVID-19 yang semakin tinggi.
Selain itu, katanya timbul juga ura-ura mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri zon merah.
"Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi COVID semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat di beberapa negeri zon merah.
"Kita boleh ganti hari sekolah yang tertangguh dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (sembilan hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari)," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan mereka akan dibuka di seluruh negara mengikut takwim 2021, termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin berkata, pengoperasian kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.
BACA: Sesi persekolahan dibuka mengikut takwim termasuk di kawasan PKPB - Radzi Jidin
Umavathi Ramayah
Sat Jan 09 2021

Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas Cuti Tahun Baru Cina. - Gambar fail/BERNAMA

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

Najib cadang sesi persekolahan ditangguhkan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesyorkan agar pemulaan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Sekolah, Kolej Vokasional seluruh negara tutup hingga hujung tahun
Jelas Mohd Radzi, tarikh pembukaan semula sekolah dan kolej vokasional di bawah KPM adalah pada 20 Januari, 2021.

Semangat kembali ke sekolah tertangguh, dua sekolah di Lipis tidak dibuka akibat banjir
Dua buah sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah dan SK Aur Gading yang membabitkan seramai 123 murid dan 22 guru.

Ini garis panduan pengendalian peperiksaan awam, jadual pentaksiran
Aspek penjarakan sosial, kebersihan serta keselamatan perlu diambil kira ketika mengendalikan peperiksaan awam.

Pembukaan semula sekolah: Guru, pelajar akui teruja hari pertama
Pembukaan semula sesi persekolahan melalui proses pengajaran dan pembelajaran normal baharu ternyata memberi kelegaan kepada pelajar.

Johor sedia mulakan sesi persekolahan
Sesi taklimat Penataraan Pembukaan Sekolah kepada 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah selesai diadakan pada Rabu.

36.9 peratus murid tiada peranti elektronik - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin selepas kementeriannya menjalankan satu kaji selidik berhubung Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) secara atas talian.

Muntah dan loya, 33 pelajar SK Taman Pasir Putih Pasir Gudang terima rawatan
Seramai 33 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih mengalami muntah dan loya ketika sesi persekolahan pada Rabu.

Sesi persekolahan di dua sekolah di Melaka masih ditangguh
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di daerah Melaka tengah dan SK Belimbing Dalam di daerah Alor Gajah.

Insiden sesak nafas: Keputusan tutup sekolah agama ditentukan esok
Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi berkata maklumat dijangkakan diperoleh selewatnya esok bagi mengetahui tahap keselamatan sekolah berkenaan.