awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib dan dua pihak lain berjaya batalkan saman GANT1

Bernama
Bernama
26/03/2018
10:45 MYT
Najib dan dua pihak lain berjaya batalkan saman GANT1
GANT1 mendakwa IPIC dan Aabar Asli, pada Jun 2016, membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan kerajaan berhubung tuntutan US$6.5 bilion atas kegagalan 1MDB menunaikan kontrak. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pihak lain berjaya dalam permohonan untuk membatalkan saman sivil yang difailkan terhadap mereka oleh 10 anggota Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) berkaitan penyelesaian 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).
Panel tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Kamardin Hashim, sebulat suara membenarkan rayuan itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan tahun ini, yang menolak permohonan Najib, 1MDB dan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman itu.
Hakim Ahmadi yang mengetuai panel itu, berkata kesemua responden (GANT1) tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan saman itu ke mahkamah bagi pihak rakyat Malaysia.
"Responden bukanlah pihak dalam pemberian award di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London antara 1MDB dan IPIC," katanya.
Hakim juga berkata kerajaan Malaysia tidak boleh didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 4 Akta Prosiding Kerajaan 1956.
Pada 11 Julai tahun lepas, GANT1, diketuai Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Muhammad Faiz Fadzil dan sembilan individu lain memfailkan saman itu terhadap Najib, 1MDB dan Kerajaan Malaysia.
Saman itu berhubung persetujuan dicapai di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London di antara 1MDB dengan IPIC berkaitan dakwaan 1MDB menerima bantuan bon US$3.5 bilion daripada IPIC dan subsidiarinya Aabar Investment PJS (Aabar Asli) bagi pembelian loji tenaga.
Dalam pernyataan tuntutan mereka, anggota GANT1 mendakwa IPIC dan Aabar Asli, pada 14 Jun 2016, membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan kerajaan berhubung tuntutan US$6.5 bilion atas kegagalan 1MDB menunaikan kontrak itu.
Anggota GANT1 berkenaan, antara lain menuntut deklarasi bahawa persetujuan penyelesaian dan pemberian award yang ditandatangani di London adalah tidak sah dan batal.
Peguam Datuk Wira Hafarizam Harun, mewakili Najib, Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching bagi pihak Kerajaan Malaysia, peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili anggota GANT1.
Sementara itu, Hafarizam yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata keputusan yang diperoleh hari ini adalah selaras dengan prinsip mahkamah dan ia bermakna bahawa kes ini secara tidak langsung telah dibuang oleh mahkamah.
"Untuk rekod kita telah ada tiga kes yang serupa secara asasnya dan ketiga-tiganya telah dibuang… jika tidak mempunyai locus standi maka tidak boleh bawa kes ke mahkamah, saya tunggu sama ada mereka (GANT1) akan bawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Aabar Investment PJS
#GANT1
#Gerakan Anak Muda Tolak Najib
#Hafarizam Harun
#IPIC
#Mahkamah Rayuan
#Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London
#Najib Razak
#saman sivil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan