KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memfailkan permohonan bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan bahawa memoirnya yang diterbitkan baru-baru ini ‘My Story: Justice in the Wilderness’ mengandungi fitnah iaitu mengaitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pemberita bahawa permohonan itu berkemungkinan besar difailkan dalam minggu ini.
“Anak guam saya, Datuk Seri Najib tidak dikaitkan langsung sepanjang perbicaraan kes itu (Altantuya) yang telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Kata-katanya (Thomas) dilihat sebagai memalukan mahkamah.
“Saman fitnah adalah sesuatu yang pasti, permohonan bagi prosiding menghina mahkamah sudah siap sebanyak 98 peratus dan kami akan memfailkannya dalam minggu ini. Kami harus memberikan beliau (Thomas) notis tunjuk sebab dahulu,” katanya semasa ditemui pemberita selepas perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Pada 2 Feb lepas, Najib dalam surat tuntutan yang dihantar menerusi firma peguamnya Tetuan Shafee & Co menuntut satu permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta daripada Thomas berhubung fitnah terhadap bekas perdana menteri itu yang didakwa terkandung dalam memoir tersebut.
Antara lain, surat tuntutan itu menyebut melalui inferens dan sindiran yang jelas, Thomas telah memberi mesej bahawa beliau, ketika menjadi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, berpuas hati dengan kebenaran yang terdapat dalam dakwaan dua individu yang telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka supaya membunuh Altantuya.
Bagaimanapun, Thomas, dalam maklum balas kepada surat tuntutan itu pada 5 Feb lepas, menafikan telah memfitnah Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditemui pemberita selepas mahkamah berhenti rehat pada perbicaraan kes anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi, hari ini. - Foto BERNAMA

COVID-19 | Belanda umum longgarkan sekatan
Belanda umum longgarkan sekatan berkuatkuasa Selasa. Perdana Menterinya Mark Rutte tegaskan tindakan itu sebagai satu bentuk keseimbangan, biarpun ketika kadar jangkitan COVID-19 di negara itu kekal tinggi.

COVID-19 | EMA kesan 'kemungkinan kaitan' darah beku dan J&J
Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Ubat-Ubatan Kesatuan Eropah (EMA) menemui 'kemungkinan kaitan' antara vaksin Johnson & Johnson dan masalah gumpalan darah. Namun mereka mengulangi bahawa manfaat vaksin melebihi risiko dan punca masalah pembekuan darah masih belum dikenal pasti.

COVID-19 | Angka korban global kini lebihi 3.03 juta kes
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 3.03 juta kes.

COVID-19 | PM India rayu rakyatnya kekal waspada
Perdana Menteri India Narendra Modi rayu kepada rakyatnya supaya kekal waspada dengan penularan COVID-19. Jika gagal kata Modi, negara itu berkemungkinan terpaksa mengenakan sekatan untuk kawal jangkitan

Politik Chad | Presiden Chad terbunuh dalam pertempuran
Presiden Chad, Deby Itno yang memerintah negara itu selama lebih tiga dekad, meninggal dunia. Beliau dilaporkan terbunuh akibat cedera dalam satu pertempuran dengan puak pemberontak.

COVID-19 | Kes positif global lebihi 142 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 142 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Angkara buli: Rakan sekerja dibunuh
Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.

AWANI Ringkas: Kes George Floyd | Bekas polis disabit membunuh | Presiden Chad maut dalam pertempuran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Netizen persoal SOP kehadiran 'meriah' lawat Tokti di hospital
Semua individu yang melawat penyanyi yang mesra disapa Tokti dan bayinya sudah melakukan ujian saringan.

Motosikal kemalangan terbakar akibat minyak yang dibawa, penunggang parah melecur
Dua lelaki parah melecur apabila motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan lalu terbakar.

Dana SRC dipindahkan oleh 'macai' Najib: TPR
V Sithambaram berkata, ketiga-tiga mereka mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh perayu yang mempunyai kawalan 'menyeluruh' terhadap SRC.

Hujah Najib akaun banknya dimanipulasi Jho Low tidak masuk akal - Sithambaram
Sithambaram berkata, hanya Najib yang mendapat manfaat penuh dari perbuatan 'manipulasi' Jho Low itu.

Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya
Kawalan Najib ke atas SRC bukti beliau bertindak atas kapasiti peribadi, dan semua arahannya dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah syarikat.

Peter Anthony dikuarantin, perbicaraan ditangguh 3 Mei depan
Peguam Datuk D Senthinathan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April.

Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula
Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 April 2021.

Najib perlu beri pandangan positif kepada kerajaan, bersama tarik pelabur - Shahidan Kassim
Semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta memberi pandangan positif kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi meningkatkan ekonomi negara.

Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.

'Saya tak tahu, saya tak tahu' - Reaksi Dr Mahathir tentang tuduhan 1MDB terhadap keluarga Zeti
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa yang beliau tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1MDB.

Varian baharu: KKM tunggu data WHO dan CDC keberkesanan vaksin - Dr Adham
Dr Adham berkata, wujud kebimbangan kerana varian berkenaan tidak tunjuk gejala, dan sudah mula berada dalam komuniti