Najib doakan kejayaan pelajar yang duduki semula UPSR

Bernama
September 29, 2014 13:42 MYT
NAJIB: Selamat maju jaya kepada para pelajar yang terlibat dengan UPSR esok.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendoakan kejayaan para pelajar yang akan menduduki semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas soalan yang bocor, pada esok dan 9 Okt ini.
Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter beliau turut memuji kesabaran ibu bapa dan guru dalam menghadapi isu kebocoran soalan peperiksaan itu.
"Selamat maju jaya kepada para pelajar yang terlibat dengan UPSR esok.
"Terima kasih ibu bapa dan guru-guru atas kesabaran. Moga usaha semua mendapat berkat," kata Najib.

Selamat maju jaya kpd para pelajar yg terlibat dgn UPSR esok. Terima kasih ibu bapa & guru2 atas kesabaran. Moga usaha semua mendapat berkat

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 29, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 dijadual berlangsung esok.
Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt.
Sebanyak 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara.
#bocor #integriti #Najib Razak #peperiksaan #SOP #Twitter #UPSR