Najib gagal gantung prosiding 1MDB

Sinar Harian
Ogos 25, 2023 04:09 MYT
Panel bersetuju dengan hujahan responden bahawa Najib selaku pemohon gagal menunjukkan keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah membenarkan prosiding kes itu digantung. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat, menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung sementara perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar selaku responden.
Ketika membaca keputusan penghakimannya yang diperoleh secara sebulat suara, Hadhariah berkata, panel bersetuju dengan hujahan responden bahawa Najib selaku pemohon gagal menunjukkan keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah membenarkan prosiding kes itu digantung.
"Mahkamah mendapati permohonan ini tidak bermerit maka permintaan ini ditolak," katanya yang turut bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim and Datuk SM Komathy Suppiah. - Sinar Harian
BERITA LANJUT MENYUSUL
#1MDB #Najib Razak #gantung prosiding #gagal