Najib hadir ke SPRM, dijangka didakwa lagi

Astro Awani
September 19, 2018 08:17 MYT
Beliau dilihat hadir hari ini ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 3 petang tadi. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan didakwa sekali lagi esok.
Menurut sumber, beliau akan didakwa dengan enam lagi tuduhan termasuk di bawah Seksyen 23 (1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu salah guna kuasa semasa beliau mentadbir sebagai Perdana Menteri.
Beliau dilihat hadir hari ini ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya jam 3 petang tadi.
Difahamkan, ia berkaitan dengan kes dana RM2.6 bilion yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
#1Malaysia Development Berhad #Najib Razak #Rasuah #salah guna kuasa #SPRM