KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wakil PetroSaudi International (PSI) di London, United Kingdom pada Mei 2011 menunjukkan usaha sama 1MDB dengan PSI adalah betul.
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, 57, berkata mesyuarat itu telah diadakan di sebuah bilik suite yang Najib menginap di Hotel Dorchester, London dalam sesi lawatan BOD 1MDB ke pejabat PSI pada Mei 2011.
"Pada sesi lawatan tersebut, kami (ahli lembaga pengarah) telah dibawa ke pejabat PSI dan telah makan tengah hari bersama. Seterusnya, kami telah menghadiri mesyuarat dengan Datuk Seri Najib dan dua bekas pengarah PSI, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid di bilik suite tersebut.
"Seingat saya, saya juga ternampak kelibat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di bilik suite itu," katanya yang turut memaklumkan Jho Low tidak turut serta dalam mesyuarat berkenaan.
Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.
Terdahulu, Ismee berkata lawatan ke pejabat PSI di London telah diatur pihak pengurusan 1MDB atas permintaan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin kerana 1MDB tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai PSI dan ingin bersemuka dengan wakil syarikat itu.
"Perjumpaan tersebut diadakan sewaktu Datuk Seri Najib berada di London tetapi saya tidak pasti kenapa ia perlu dilakukan sewaktu beliau (Najib) berada di sana.
"Kehadiran Datuk Seri Najib pada mesyuarat di Hotel Dorchester itu menunjukkan usaha sama antara 1MDB dan PSI adalah betul. Ahli Lembaga Pengarah turut berpuas hati apabila melihat pejabat PSI dan beranggapan bahawa syarikat tersebut adalah satu syarikat tulen," katanya.
Bagaimanapun, Ismee berkata tiada sebarang agenda spesifik dibincangkan dan perjumpaan hanya mengenai pelaburan yang boleh dijalankan antara PSI dan 1MDB secara umum sahaja.
Sebelum ini, mahkamah diberitahu pada 28 Sept 2009, 1MDB telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan PSI, yang 1MDB perlu membayar US$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus pegangan dalam syarikat itu manakala PetroSaudi Holdings Cayman (sebuah syarikat dikatakan anak syarikat PSI) hanya menyuntik aset bernilai US$108 juta bagi mendapat 60 peratus saham.
Sementara itu, Ismee berkata beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bersetuju untuk menandatangani resolusi penangguhan terbitan bon Islamic Medium Term Notes (IMTN) berjumlah RM5 bilion pada 22 Mei 2009 kerana Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mahu ia ditangguhkan.
"Selepas kami menandatangani resolusi itu, kami telah berjumpa Datuk Seri Najib di kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi menerangkan apa yang berlaku ketika perjumpaan bersama Sultan Mizan di Istana Terengganu.
"Selepas mendengar penjelasan kami, respons pertama Datuk Seri Najib pada ketika itu adalah "mengapa anda tandatangan (resolusi) itu" dan "mengapa kami (Ismee dan Shahrol Azral) tidak memohon kepada Tuanku untuk memberikan masa kepada kami untuk berfikir."
"Apa yang saya mampu katakan kepada Datuk Seri Najib, ia adalah titah daripada Tuanku, jadi apa yang mampu kami lakukan. Saya beranggapan dengan reaksi dan intonasi suara Datuk Seri Najib, beliau mahu terbitan bon IMTN itu diteruskan," katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Najib berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.