Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan lima langkah bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera sebagai menjawab keresahan yang disuarakan oleh orang Melayu dan Bumiputera mengenai masa depan mereka di negara ini.
Katanya, kerajaan mendengar pelbagai rungutan dan rasa tidak puas hati mereka mengenai hala tuju orang Melayu dan Bumiputera yang lantang disuarakan sejak selepas pilihan raya umum yang lalu.
"Atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang Melayu dan Bumiputera (kepada Barisan Nasional) pada Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini, maka pada hari ini kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas (bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera)," katanya.
Beliau menegaskan demikian dalam ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam hari ini — institusi yang menjadi simbol kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera.
Jelas Perdana Menteri, majlis itu diadakan "demi membela untung nasib orang Melayu dan masyarakat Bumiputera dari dulu kini dan selama-lamanya."
Najib membuka ucapannya dengan merakamkan penghargaan kepada rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera yang telah sekali lagi memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan.
Dalam PRU-13 yang lalu, BN membentuk kerajaan selepas menang 133 kerusi Parlimen. UMNO sebagai parti tonggak BN pula berjaya menambah sembilan kerusi berbanding yang dimenanginya dalam pilihan raya umum 2008.
Najib menyifatkan kepercayaan orang Melayu dan Bumiputera itu adalah bukti mereka mahukan kerajaan "terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan" demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera.
Najib yang juga Presiden UMNO turut meminta semua pihak supaya sedar bahawa agenda Bumiputera adalah agenda nasional dan tidak ada mana-mana agenda nasional yang boleh mengetepikan agenda Bumiputera.
"Ini kerana jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020," katanya.
Mengikut unjuran banci penduduk setakat tahun lepas, orang Melayu dan Bumiputera membentuk 67.9 peratus daripada penduduk negara ini.
Najib menutup ucapannya dengan memberi jaminan kepada orang Melayu dan Bumiputera supaya tidak usah khuatir dengan kesungguhan kerajaan membela naib mereka.
"Usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah gulana kerana selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandung badan, survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila," tegasnya.
Keluh-kesah mengenai nasib dan masa depan sosioekonomi orang Melayu di negara ini mula kuat kedengaran selepas prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan sekali lagi selepas ia gagal memperbaiki kedudukan itu pada PRU-13.
Ia ditandai dengan kemunculan badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan kemudiannya gabungan beberapa NGO Islam.
Astro Awani
Sat Sep 14 2013
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.