Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau komited meneruskan pembangunan di negeri Perlis.
Untuk tujuan itu, katanya, beliau akan memberi peruntukan pembangunan beberapa projek di negeri ini antaranya Kawasan Perindustrian Lembah Chuping bernilai RM800 juta dan Perlis Inland Port yang bernilai RM200 juta.
Najib berkata beliau juga telah meluluskan pembinaan Hospital Padang Besar, serta sebuah sekolah menengah di Kangar dan sebuah sekolah rendah di Padang Besar.
"Dan yang terbaharu UTC (Pusat Transformasi Bandar) di Kangar akan dibina dan akan siap pada tahun hadapan. Percayalah komitmen saya untuk parti dan untuk negara tidak pernah luntur," katanya ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di sini, hari ini.
Najib berkata walaupun Perlis adalah sebuah negeri yang kecil, tumpuan terhadap negeri itu tetap ada, termasuk dari segi politik.
"Rekod menang 100 peratus Parlimen. DUN (Dewan Undangan Negeri) kalah dua (kerusi). Rekod Perlis cemerlang dari segi politik, kena kekalkan," katanya.
Katanya UMNO Perlis perlu bersatu padu bagi mengekalkan rekod cemerlang itu.
"Saya cuba bentuk pasukan lebih hebat daripada Barcelona, Real Madrid. Pengerusinya (pengerusi badan perhubungan UMNO negeri) adalah seorang menteri. Menteri yang berani.
"Pentadbiran kita lantik, seorang PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) yang mahir dan boleh terajui kepimpinan Perlis dengan baik.
Saya tengok Ketua UMNO bahagian Padang Besar tak ada jawatan, Datuk Zahidi (Datuk Zahidi Zainul Abidin) saya lantik jadi pengerusi Risda.
"Hangpa bertiga ni...pakatlah.... Saya dah bagi role (tugas), dah ada semua. Jangan score gol sendiri, musuhlah menang. Yang penting UMNO menang," katanya.
Bernama
Sun Aug 23 2015
NAJIB: Walaupun Perlis adalah sebuah negeri yang kecil, tumpuan terhadap negeri itu tetap ada, termasuk dari segi politik.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UMNO komited kukuhkan parti, jaga kerjasama komponen Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk memperkukuhkan parti dan terus menjaga kerjasama baik antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
Kerajaan terus komited bangunkan Malaysia secara adil, saksama dan inklusif - Azmin Ali
Ekonomi Malaysia kini berada di landasan yang tepat dengan laporan Bank Negara terkini menunjukkan pertumbuhan KDNK mencecah 3.1 peratus pada 2021.
Tengku Zafrul komited untuk berikan yang terbaik
Dalam merangka langkah-langkah untuk memastikan Malaysia dapat bertahan daripada serangan COVID-19 yang telah menyebabkan gangguan yang besar kepada ekosistem global, Tengku Zafrul.
Suasana lebaran berbeza, ATM tetap komited galas tanggungjawab - Panglima ATM
Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata semangat para tentera kekal utuh meskipun tidak dapat pulang beraya bersama-sama keluarga di kampung halaman masing-masing.
China komited bantu Malaysia perangi COVID-19 - Bai Tian
Ia membuktikan jalinan persaudaraan yang kukuh antara dua negara di mana China membalas jasa baik Malaysia yang membantu republik tersebut dalam berdepan detik gelap pada sebulan yang lalu.
Kerajaan P. Pinang komited bela nasib rakyat - Ketua Menteri
Kerajaan Pulau Pinang komited untuk membela nasib rakyat dengan mewujudkan pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada 1.76 juta penduduknya, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
MH17: Malaysia terus komited bagi mencapai keadilan - Loke
Malaysia terus komited mencapai dan mendapat keadilan untuk mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan pesawat Malaysia Airlines MH17.
Jawatankuasa Penunaian Janji pastikan segala janji dilaksana
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata jawatankuasa ini bukti kerajaan komited untuk melaksanakan sebarang janji yang dibuat kepada rakyat.
Malaysia komited bersama PBB perjuangkan keamanan dunia
Sempena dengan sambutan Hari Penubuhan PBB, Malaysia tetap komited kepada PBB dalam menggalakkan kerjasama bagi memelihara keamanan.