PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan mahu menjawab afidavit pendakwaan dan mahkamah memberikan sehingga 14 Julai memfailkan afidavit balasan.
"Pihak pendakwaan mempunyai hak untuk menjawab dengan afidavit lanjut selewat-lewatnya pada 21 Julai dan Najib akan mendapat jawapan akhir pada 28 Julai," katanya kepada media.
Susulan itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 29 Julai ini untuk satu lagi pengurusan kes.
Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kes yang melibatkan dana SRC Internationalnya dalam usaha untuk membatalkan perbicaraan yang mendapatinya bersalah serta disabitkan kesalahan, dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa secara maya dengan kehadiran peguam Najib, Muhammad Shafee dan Nur Syafiqah Mohd Sofian serta Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram dan Mohd Ashrof hadir untuk pendakwaan.
Bukti tambahan yang cuba dikemukakan oleh Najib adalah berkaitan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah peguam dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank pada 2006.
Semasa sidang akhbar pada 7 Jun, Muhammad Shafee berkata Mohd Nazlan gagal memaklumkan bahawa beliau adalah peguam dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan SRC International.
Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata hakikat bahawa Mohd Nazlan mengetahui penglibatan peribadinya dalam penubuhan SRC International tetapi menyembunyikannya kepada pembelaan membawa kepada konflik kepentingan yang telah membawa kepada bahaya berat sebelah.
Sementara itu, pihak pendakwaan, melalui Mohd Ashrof, memfailkan afidavit balasan semalam, membantah permohonan Najib yang mengatakan bahawa penglibatan Mohd Nazlan tidak relevan dengan kes SRC International terhadap Najib tetapi lebih berkaitan dengan kes lain yang dihadapi beliau melibatkan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mohd Ashrof seterusnya berkata peranan Mohd Nazlan dalam bank itu memang diketahui umum dan memang diketahui oleh Najib sepanjang masa, termasuk semasa permulaan dan penerusan perbicaraan seperti yang ditunjukkan oleh dokumen awam dan dokumen yang dimiliki pemohon.
Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan) mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.
Pada 8 Dis tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu yang mendorong beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari bermula 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan terhadapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022

Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. - Gambar fail/BERNAMA

Lelaki bersenjata cuba ceroboh pejabat FBI di Cincinnati ditembak mati
Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguatkuasa pada pagi Khamis.

Mahkamah Australia denda Google AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi
Mahkamah Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$42.7 juta terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna.

Perak FC siasat insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV
Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.

Kastam rampas minuman keras bernilai RM1.2 juta
Ia melibatkan rampasan hampir 66,000 botol dan tin berisi bir bernilai kira-kira RM1.2 juta termasuk cukai dan nilai sitaan kenderaan.

Hidupan Liar | Penyu agar betina ditemukan mati
Seekor anak penyu agar betina ditemukan mati terdampar dekat Pantai Beting Lintang, Besut, pada Khamis. Aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Plastik Ija (GPI), Afifah Ab Aziz berkata bangkai tersebut dijumpakan orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

STR: Kerajaan Pahang komited bantu rakyat miliki tanah
Inisiatif Kerajaan Pahang menawarkan pemilikan tanah di bawah Skim Tanah Rakyat (STR) adalah bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai tanah milik sendiri di masa hadapan.

Malaysia, Qatar pertingkat hubungan dagangan, intai prospek pelaburan baharu
Qatar dan Malaysia nyatakan komitmen babitkan kerjasama dalam konteks bantuan kemanusiaan di Palestin dan Afghanistan.

Ekonomi | 2 syarat sebelum tukar subsidi pukal kepada bersasar
Dua senario perlu menjadi pertimbangan sebelum ambil keputusan mengubah subsidi pukal kepada bersasar. Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata indikator penting adalah apabila negara tidak lagi berdepan tekanan inflasi. Beliau turut berpandangan, cara peralihan subsidi juga perlu dibuat secara berperingkat.

1MDB | Najib, Arul Kanda arah laporan akhir audit dipinda - Saksi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Arul Kanda Kandasamy telah mengarahkan supaya laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda bagi melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah.

FDI Malaysia | Naik RM24.1 bilion kepada RM836.2 bilion pada suku kedua
Kedudukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia berkembang sebanyak RM24.1 bilion untuk mencatatkan RM836.2 bilion pada akhir suku kedua 2022. Angka itu terus mengukuh berbanding RM812.1 bilion pada suku pertama tahun ini.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah tolak afidavit dakwaan UMNO miliki akaun rahsia
Mahkamah Tinggi menolak afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa UMNO mempunyai akaun yang tidak didedahkan.

Permohonan Muhammad Shafee gugurkan Gopal Sri Ram ditolak
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, sebulat suara menolak permohonan di bawah Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman berkaitan keterangan tambahan semasa rayuan itu.

Afidavit hakim: Siasatan dalaman badan kehakiman digantung kerana siasatan polis
Siasatan dalaman oleh badan kehakiman berhubung akuan afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, digantung kerana siasatan polis.

Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.

Sultanah Nur Zahirah tak setuju kenyataan fitnah tidak merujuk kepada baginda
Rewcastle-Brown berpegang pada afidavit John Ellision Kahn yang disahkan pada 24 Jun tahun ini, dengan menyatakan bahawa kenyataan yang diadu dirujuk kepada Sultan dan bukan permaisuri Sultan.

'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'
Keluarga Muhammad Adib sebaliknya hanya mahu Peguam Negara itu tampil memohon maaf.

Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
Mahkamah Koroner menetapkan 9 Ogos ini bagi keputusan berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas.

'Saya tak pernah lari daripada bayar cukai'
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.

Suruhanjaya Siasatan Diraja kaji dakwaan salah laku hakim - Tun M
Terpulanglah kepada suruhanjaya siasatan diraja itu kelak untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini.