awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib mahu rakyat Malaysia di Turki bertenang dan jaga keselamatan diri

Bernama
Bernama
16/07/2016
06:25 MYT
Najib mahu rakyat Malaysia di Turki bertenang dan jaga keselamatan diri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menerusi akaun Facebook dan Twitter beliau, Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi keadaan di Turki. - Foto AFP
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia yang terkandas di Turki, berikutan cubaan rampasan kuasa tentera di negara itu, supaya sentiasa bertenang dan menjaga keselamatan diri.
Perdana menteri turut menggesa rakyat Malaysia di Turki supaya sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Ankara untuk bantuan selanjutnya.
"Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapi keadaan di Turki. Kedutaan Malaysia di Ankara boleh membantu jika anda memerlukan bantuan atau ada pertanyaan.
"Mereka boleh dihubungi di talian +(90)3124463547 atau +(90)3124463548," kata Najib menerusi mesej Facebook dan Twitter beliau hari ini.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 27 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk di Istanbul manakala lebih 100 lagi berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa di Ankara, Turki.
Menurut laporan, kenyataan tentera yang disiarkan media Turki pada Jumaat menyebut angkatan tentera merampas kuasa sepenuhnya di negara berkenaan.
Bagaimanapun, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada awal Sabtu bahawa cubaan rampasan kuasa itu telahpun gagal, dan menggesa rakyat supaya menjunjung demokrasi.
Erdogan menyalahkan cubaan rampasan kuasa yang sedang berjalan itu ke atas pergerakan yang diketuai cendekiawan Islam Turki Fethullah Gulen yang kini tinggal di Pennsylvania, Amerika Syarikat, menurut laporan media antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#rakyat Malaysia yang terkandas
#Rampasan kuasa Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan