KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Kabinet agar sumbangan seorang putera Arab Saudi kepada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dihebahkan kepada umum kerana penderma itu tidak mahu sumbangannya diketahui orang ramai.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mazidah Abdul Majid, 72, berkata Najib memaklumkan perkara tersebut dalam satu Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) yang diadakan di Putrajaya pada 8 Sept 2010 yang dipengerusikan oleh Najib sendiri, selaku Menteri Kewangan ketika itu.
Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata Najib bagaimanapun memaklumkan Raja Muda Arab Saudi, Putera Sultan Abdul Aziz Al-Saud telah meminta supaya sumbangan itu tidak diumumkan kepada umum dan Ahli Jemaah Menteri bersetuju untuk tidak menghebahkan perkara itu.
Mazidah berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu melibatkan penyelewengan dana 1MDB.
“Putera Sultan Abdul Aziz menyalurkan sumbangan tersebut daripada yayasan kebajikannya kepada dana Yayasan 1MDB. Datuk Seri Najib berkata sumbangan pertama telah pun diterima dan pihak Putera Sultan Abdul Aziz berjanji akan menyalurkan sumbangan seterusnya selepas ini.
“Datuk Seri Najib berkata dengan sumbangan tersebut lebih banyak projek dan program yang berasaskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) akan dapat dilaksanakan melalui Yayasan 1MDB,” katanya.
Mazidah berkata pada mesyuarat sama, Najib juga memaklumkan kepada ahli-ahli jemaah menteri untuk memberi cadangan bagi projek-projek CSR untuk dilaksanakan pada Oktober 2010.
“Yang Amat Berhormat juga memberi pandangan bahawa kerajaan perlu lebih kreatif dalam mencari sumber-sumber kerajaan dan peruntukan di luar rangkaian hasil kerajaan yang sedia ada kerana ia memberi lebih fleksibiliti kepada kerajaan untuk membantu rakyat.
“Beliau berkata atas sebab inilah Yayasan 1MDB ditubuhkan untuk menyokong sumber-sumber sedia ada kerajaan khususnya bagi memperluaskan projek dan program sosial,” katanya.
Beliau berkata minit mesyuarat itu kemudian telah disahkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, pada September 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi keterangan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah menyerahkan empat keping cek berjumlah US$100 juta kepadanya.
Beliau berkata cek-cek tersebut didakwa sebagai “derma” daripada keluarga diraja Saudi kepada Tabung Amanah Yayasan 1MDB tetapi Jho Low mengarahkan supaya tidak menunaikannya.
Shahrol Azral berkata ekoran tiada arahan lanjut diberikan, beliau telah menyerahkan cek-cek tersebut kepada jabatan kewangan 1MDB untuk disimpan sebelum meletak jawatan pada 2013.
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. - Gambar fail/BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.