NATIONAL
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low

Najib (kiri) mengaku mengetahui gaya hidup mewah Jho Low tetapi tidak pernah mengesahkan dakwaan bahawa pembelian hartanah dan karya seni oleh Jho Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mengetahui mengenai gaya hidup Jho Low yang bermegah-megah dan mendapat publisiti namun tidak pernah mengesahkan dakwaan ahli perniagaan diburu itu bahawa pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni olehnya adalah bagi pihak Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui mengetahui gaya hidup mewah Jho Low tetapi tidak pernah mengesahkan dakwaan bahawa pembelian hartanah dan karya seni oleh Jho Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan.
- Najib memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menyeleweng RM2.3 bilion daripada 1MDB, menyatakan beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan telah bersemuka dengannya mengenai perkara itu.
- Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan bahawa Najib boleh menyiasat kebenaran dakwaan Jho Low tetapi memilih untuk tidak melakukannya, yang dinafikan oleh Najib.
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
"Saya bersemuka dengannya (Jho Low) mengenai hal ini dan dia berkali-kali ulang dia buat itu untuk Sheikh Mansour. Saya tidak selesa dengan gaya hidupnya yang bermegah-megah.
"Ini penjelasannya kepada saya dan dia ulang kepada saya beberapa kali bahawa pembelian itu untuk Sheikh Mansour," kata Najib.
Mohamad Mustaffa mencadangkan bahawa Najib, yang ketika itu perdana menteri dan di puncak kuasa, boleh menyiasat kebenaran dakwaan Jho Low berhubung Sheikh Mansour.
Najib berkata menyiasat dakwaan itu bermakna melibatkan kerajaan negara lain memandangkan Sheikh Mansour merupakan adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi ketika itu.
Mohamad Mustaffa: Anda boleh menyiasat tetapi memilih untuk tidak melakukannya. Anda menutup sebelah mata dan tidak mahu mengetahui perkara yang sudah nyata.
Najib: Saya tidak bersetuju. Saya tidak selesa dengan laporan akhbar (mengenai Jho Low) sebab itu saya bersemuka dengannya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami