Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan kompleks kuil Batu Caves, Selangor memeriahkan lagi perayaan Deepavali yang disambut pada Rabu.
Sejurus tiba kira-kira pukul 10.30 pagi dengan mengenakan kurta berwarna krim, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) disambut Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti.
Beliau kemudiannya melawat kolam khas (hiasan beras berwarna-warni) "Negaraku" sebelum diarak ke pentas bersama tetamu kehormat lain dan ribuan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu.
Alunan muzik, paluan gendang, tiupan seruling, tarian tradisional memeriahkan majlis yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Tun S. Samy Vellu dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Sambutan dimulakan dengan tarian klasik India dan pelbagai persembahan nyanyian ketika hadirin menikmati aneka hidangan seperti tosai, masala ayam, nasi beriani dan pelbagai juadah masyarakat India.
Cuaca panas tidak menghalang ribuan hadirin dari dalam dan luar negara melawat sekitar kawasan Kuil Batu Caves termasuk patung gergasi Dewa Murugan sambil berswafoto.
Najib kemudian memotong kek sebelum beredar ke rumah terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, di sini.
Sementara itu, bagi pelancong Elizabeth Smith, 31, dari Oxford, United Kingdom, beliau teruja dengan sambutan Deepavali di Batu Caves yang begitu meriah dengan kehadiran bukan sahaja kaum yang menyambutnya bahkan bangsa lain.
"Ini kali pertama saya berada di Malaysia dan menyaksikan bagaimana sambutan Deepavali. Segalanya berwarna-warni dan meriah.
"Saya tidak sabar untuk menjamah makanan tradisional yang dihidangkan di rumah terbuka ini," katanya kepada Bernama.
Warga emas, S. Ananthan, 70, pula berkata beliau dan isterinya datang dari Ipoh, Perak semata-mata untuk merasai kemeriahan sambutan Deepavali di Batu Caves.
"Kami datang menyambut Deepavali bersama sanak saudara di sini dan sangat teruja kerana dapat melihat kelibat Perdana Menteri hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017
Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan kompleks kuil Batu Caves, Selangor memeriahkan lagi perayaan Deepavali. - Foto Bernama
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Perhilitan Selangor pasang kamera jejak harimau di Bukit Permata
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor memasang satu perangkap kamera di kawasan perumahan Bukit Permata, Batu Caves.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan lima penambahbaikan pergerakan bersempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.