awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib mohon batal bicara kes 1MDB

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2023
08:33 MYT
Najib mohon batal bicara kes 1MDB
Najib juga memohon dilepaskan dan dibebaskan atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfailkan permohonan agar perbicaraan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berjalan selama 167 hari dibatalkan.
Bekas Presiden UMNO itu juga memohon agar dirinya dilepaskan dan dibebaskan atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika kes dipanggil pagi ini untuk sambung bicara di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Jelas peguamnya, rentetan daripada pendedahan Sequerah kira-kira dua minggu lalu, pihaknya mendapat arahan daripada Najib untuk memfailkan permohonan agar hakim itu menarik diri daripada terus mendengar, memutuskan dan membuat penghakiman mengenai kes itu.
Pada 26 Julai lalu, Sequerah mendedahkan bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama dengan bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.
Muhammad Shafee seterusnya berkata, sekiranya mahkamah membenarkan permohonan menarik diri itu, terdapat tiga pilihan yang boleh dibuat oleh mahkamah iaitu hakim perlu membatalkan perbicaraan ini serta Najib dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
Dua pilihan juga termasuk hakim boleh mengarahkan agar kes ini dibicarakan semula (de novo) di hadapan hakim baharu dan mahkamah boleh mengarahkan agar perbicaraan pada peringkat ini diteruskan di hadapan hakim baharu.
Sementara itu, Sequerah mengingatkan orang awam tidak dibenarkan berbincang mengenai perkara berkenaan secara terbuka, dan menetapkan 17 Ogos ini untuk mendengar permohonan terbabit.
Ia susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.
Dalam prosiding pada 26 Julai lalu, Sequerah berkata, beliau perlu mendedahkan bahawa Jasmine pernah menjadi rakan kongsi (di firma Zain & Co) ketika beliau menjadi peguam, 10 hingga 15 tahun lalu.
Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapatkan pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
Pada 7 Julai lalu, Jasmine yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, ditahan polis bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana 1MDB.
Prosiding kemudian bersambung dengan mendengar keterangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#permohonan batal
#lepas dan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan