KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti lanjut kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan.
Peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammed Shafee Abdullah berkata bukti yang ingin dikemuka adalah berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2006 merupakan peguam am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap pengurusan serta pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam syarikat itu.
"Bukti lanjut yang ingin dikemukakan yang diambil secara kumulatif mengesahkan bahawa Hakim Nazlan telah terlibat dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai peranan Maybank Investment dalam menasihati penubuhan SRC dalam memikul tanggungjawab beliau sebagai peguam am dan setiausaha syarikat Maybank.
"Hakim Nazlan, berdasarkan kedudukan beliau dan penugasan fungsinya, perlu bertanggungjawab bagi keseluruhan pengendalian semua perkara undang-undang dalam syarikat itu. Kumpulan Maybank adalah termasuk Maybank Investment dan Bina Fikir Sdn Bhd.
"Dalam apa jua keadaan, Hakim Nazlan akan memiliki pengetahuan sebenar mengenai tugas menasihati berhubung isu SRC atau sekurang-kurangnya beliau dianggap memiliki pengetahuan yang konstruktif berdasarkan jawatan beliau," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Muhammad Shafee berkata beberapa dokumen yang baru-baru ini dibawa kepada perhatian mereka mendedahkan bahawa Maybank Investment Bank Bhd adalah badan yang bertanggunjawab mencadangkan penubuhan SRC International dan Maybank Investment melalui bahagian penasihat strategik milik penuhnya, Bina Fikir, telah ditugaskan melakukan penyelidikan dan perkara nasihat berkaitan penubuhan SRC.
"Penglibatan Maybank melalui Maybank Investment dan Bina Fikir dalam penubuhan SRC tidak pernah dibangkitkan oleh pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan kes itu dan tiada saksi daripada Maybank, Maybank Investment serta Bina Fikir Sdn Bhd dipanggil atau ditawarkan oleh pendakwaan," katanya.
Pada 29 April lepas, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari dalam bulan Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan itu.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 07 2022
Pada 29 April lepas, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari dalam bulan Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Gambar fail
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.