Najib nafi dakwaan BTN perjuangkan ketuanan Melayu, perkauman

Bernama
Julai 17, 2015 12:03 MYT
Najib mengulas dakwaan mengenai slaid yang dimuat naik dalam laman web BTN pada Mac lepas tetapi dipadam minggu lalu. - Gambar Fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa Biro Tatanegara (BTN) memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkauman.
"Ia pembohongan yang nyata," katanya semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri, di sini hari ini.
Najib mengulas dakwaan mengenai slaid yang dimuat naik dalam laman web BTN pada Mac lepas tetapi dipadam minggu lalu selepas ia tersebar secara meluas dalam laman sosial.
Bulan lepas, Datuk Noor Farida Ariffin, penyelaras kumpulan Noor Farida & 24 Melayu Ternama, berkata biro itu patut dirombak kerana ia menjejaskan kepelbagaian budaya di negara ini.
#Biro Tata Negara #BTN #najib