Berdasarkan beberapa petanda yang kurang memberangsangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 yang didedahkan baru-baru ini, Transparency International Malaysia (TIM) mencadangkan agar Perdana Menteri Najib Tun Razak melakukan lebih daripada sekadar melihat pada masalah kos projek awam yang meningkat dan kemungkinan penyalahgunaan dana awam.
TIM juga mengesyorkan Najib supaya memastikan pihak yang melakukan penipuan dan kesalahan, termasuk mereka yang disyaki melakukan jenayah pecah amanah seperti yang dikenal pasti dalam laporan audit, disiasat sepenuhnya dan disusuli tindakan tegas.
“Perdana Menteri perlu mengarahkan siasatan sama ada dana awam dibelanjakan dengan sebaik mungkin.
“Setiap menteri, ketua setiausaha kementerian dan pemimpin negeri juga perlu bertanggungjawab atas sebarang kegagalan mematuhi peraturan kewangan, pelaksanaan yang tertangguh serta lain-lain isu kebocoran,” kata kenyataan media TIM.
Tambah kenyataan itu lagi, sebarang inisiatif untuk mengurangkan ketirisan dalam perolehan kerajaan walaupun sebanyak 5 peratus mampu menjimatkan berbilion-bilion wang pembayar cukai.
Pihak kerajaan juga, menurut TIM, perlu menamatkan kontrak yang tidak menyebelahi rakyat khususnya populasi pembayar cukai.
Maklum balas TIM terhadap laporan audit tersebut juga menyatakan, bagi mengatasi semua masalah ini, pihak kerajaan wajib melaksanakan perubahan dan penguatkuasaan ketat dalam sistem kawalan dalaman, ketelusan, kebolehpercayaan serta integriti.
Selain itu, kerajaan juga perlu menyokong keberkesanan yang lebih mantap dan menjalankan langkah-langkah efektif demi memastikan para pegawai memiliki integriti tertinggi.
“Bilakah kita akan belajar daripada laporan Ketua Audit Negara sejak beberapa tahun lepas? Kelemahan tindakan yang berkesan oleh kerajaan dalam usaha mengatasi ketirisan telah membentuk sikap tidak ambil peduli,” ujar kenyataan itu yang dikeluarkan dari pejabat Presiden TIM, Datuk Akhbar Satar.
Antara lain, TIM mengulas perkara tersebut berdasarkan beberapa contoh khusus seperti pekerja awam yang bebas dalam kes pecah amanah sebanyak RM1 juta, soal pengurusan khilaf di hospital-hospital iaitu berkaitan kecurian ubat-ubatan dan alatan medikal bernilai RM1.5 juta dan pembayaran pencen bulanan untuk tentera yang telah meninggal sehingga mencecah RM12 juta.
Astro Awani
Wed Nov 12 2014
Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Perdana Menteri perlu menjalankan siasatan sama ada dana awam dibelanjakan dengan sebaik mungkin. - Foto fail
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Syed Saddiq nafi minta Khairul Aming buat audit banjir
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak dakwaan berhubung isu amaran yang dikeluarkannya terhadap pempengaruh, Khairul Aming untuk melakukan audit laporan kewangan banjir.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB berkata surat itu dikeluarkan pada 22 Disember 2009.
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya.
Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.
'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar
Antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan.