[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Najib prihatin keadaan kesihatan Anwar

Bernama 30/06/2015 | 11:35 MYT
Najib dalam catatan Twitter beliau turut mengarahkan pihak yang berkenaan supaya memastikan Anwar (gambar) menerima rawatan yang sewajarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa prihatin beliau terhadap keadaan kesihatan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.
Najib dalam catatan Twitter beliau turut mengarahkan pihak yang berkenaan supaya memastikan Anwar menerima rawatan yang sewajarnya.
"Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," kata Najib, hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebuah portal hari ini melaporkan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata kesihatan bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu semakin teruk berikutan terdapat ketumbuhan sebesar 4 sentimeter pada buah pinggang beliau, selain bahu terkoyak serta masalah artritis yang kronik.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 10 Feb kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
#Anwar Ibrahim #Mohd Saiful Bukhari Azlan #Najib Razak #Sivarasa Rasiah