awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib sertai Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN dihoskan Obama

Bernama
Bernama
16/02/2016
03:04 MYT
Najib sertai Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN dihoskan Obama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo (kiri) ketika sesi Pemukiman bersempena Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN pada Isnin. - Foto Bernama
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Asia Tenggara menyertai Presiden Barack Obama di Sidang Kemuncak AS-ASEAN selama dua hari yang sedang berlangsung di sini.
Tumpuan pemimpin pada perhimpunan Isnin ini (Selasa di Malaysia) adalah bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi ASEAN menerusi inovasi dan keusahawanan. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Najib semasa perbincangan mengenai ekonomi. Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2015, menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ketiga di Kuala Lumpur, November tahun lepas.
Semasa di Kuala Lumpur, Presiden Obama telah menjemput pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN itu untuk mengadakan pertemuan di bumi Amerika Syarikat buat kali pertama.
ASEAN terdiri daripada Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Obama dan pemimpin ASEAN dijadualkan menghadiri majlis makan malam di Sunnylands, sebuah estet seluas 90 hektar di Rancho Mirage yang merupakan lokasi sidang kemuncak itu, di mana mereka akan meneruskan perbincangan.
Mereka dijangka membincangkan secara mendalam isu berkaitan politik dan keselamatan termasuk memerangi keganasan, maritim dan isu rentas negara pada Selasa (Rabu di Malaysia).
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Barack Obama
#Najib Razak
#Rancho Mirage
#sidang kemuncak ASEAN-AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan