awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib temui pemimpin MIC, setuju pemilihan semula parti diadakan

Bernama
Bernama
04/02/2015
09:37 MYT
Najib temui pemimpin MIC, setuju pemilihan semula parti diadakan
Para pemimpin MIC hari ini bersetuju pemilihan semula parti itu diadakan sebagai jalan penyelesaian krisis MIC. - Gambar Fail
Para pemimpin MIC hari ini bersetuju pemilihan semula parti itu diadakan sebagai jalan penyelesaian krisis MIC.
Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dua pemimpin MIC dengan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.
Perdana menteri dalam satu kenyataan berkata beliau telah bertemu Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi membincangkan masalah dalaman parti itu.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Keputusan ini akan dimaklumkan oleh parti MIC kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tindakan sewajarnya boleh diambil untuk melaksanakan pemilihan semula parti MIC," katanya. Beliau berkata butir-butir pemilihan semula parti akan diumumkan selepas surat daripada ROS diterima oleh parti berkenaan.
Krisis dalaman MIC tercetus selepas ROS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam perhimpunan agung MIC di Melaka pada November 2013.
Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.
Topic Berkaitan
#kamalanathan
#MIC
#Najib Razak
#Palanivel
#Pendaftar Syarikat
#ros
#S.Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan