awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib terkejut dua rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom berani mati

Bernama
Bernama
11/01/2016
14:21 MYT
Najib terkejut dua rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom berani mati
Najib berkata tindakan dan ideologi itu tidak diterima di Malaysia atau Islam, dan kerajaan sememangnya komited untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk. - Gambar Fail
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut dan terperanjat mendengar bahawa dua rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam serangan bom berani mati di Iraq dan Syria, yang mengakibatkan lebih 30 orang yang tidak berdosa terkorban.
Menerusi catatan dalam laman Facebook hari ini, Najib berkata tindakan dan ideologi itu tidak diterima di Malaysia atau Islam, dan kerajaan sememangnya komited untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk dan penyamaran, baik di negara ini mahupun di luar negara.
"Kami akan berusaha untuk mengetahui bagaimana dan mengapa kedua-dua anak muda ini sanggup melakukan perbuatan kejam ini, dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan orang lain daripada berbuat demikian pada masa depan," kata beliau.
Menurut laporan berita hari ini, dua rakyat Malaysia meletupkan diri mereka sendiri, menyebabkan lebih 30 orang di Syria dan Iraq maut minggu lepas.
Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, yang berasal dari Terengganu, meletupkan bom yang berada padanya dalam sebuah kereta semasa pertempuran di kubu kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Raqqa, Syria, pada 29 Dis, menurut laporan itu.
Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, yang melaksanakan misi pada malam 3 Jan, ialah seorang daripada tujuh pengebom berani mati yang menyusup ke pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, kira-kira 160km ke utara Baghdad, Iraq.
Topic Berkaitan
#daish
#Facebook
#Iraq
#militan
#Mohamad Syazwan Mohd Salim
#Mohd Amirul Ahmad Rahim
#Najib Razak
#Perdana Menteri. IS
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan