Najib ucap selamat berjaya buat calon Hadiah Guru Global

Bernama
Januari 26, 2015 08:57 MYT
Najib ucap selamat berjaya buat calon Hadiah Guru Global
Pencalonan Yasmin Noorul Amin sebagai antara 50 guru yang disenarai pendek untuk anugerah Hadiah Guru Global anjuran Yayasan Varkey GEMS, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib melalui catatan Twitter beliau menzahirkan ucapan tahniah dan mengucapkan selamat berjaya kepada guru kimia itu yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya.
"Tahniah Cikgu @rainameer kerana berada dalam kalangan 50 yang disenarai pendekkan untuk Hadiah Guru Global. Semoga berjaya," kata beliau.

Tahniah Cikgu @rainameer kerana berada dalam kalangan 50 yang disenarai pendekkan untuk Hadiah Guru Global. Semoga berjaya.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Yasmin, 38, disenarai pendek untuk anugerah yayasan itu, yang berpusat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Beliau pernah bertugas sebagai jurutera sebelum memutuskan untuk menjadi pendidik.
Anugerah itu dilaporkan menawar hadiah utama US$1 juta kepada pemenangnya.
Pengumuman mengenai pemenang anugerah itu, yang dilihat sebagai 'Hadiah Nobel' bagi golongan pendidik, dijadual dibuat pada satu majlis di Dubai, Mac ini.
#Hadiah Guru Global #Najib Razak #Yasmin Noorul Amin