NATIONAL

Najib ucap tahniah kepada Michelle Yeoh dilantik Duta Muhibah UNDP

Bernama 18/03/2016 | 09:53 MYT
Yeoh, 53, aktres antarabangsa kelahiran Malaysia yang dilantik sebagai Duta Muhibah terbaru UNDP pada 15 Mac di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang dilantik Duta Muhibah Program Pembangunan PBB (UNDP).
"Tahniah Michelle Yeoh atas pelantikan sebagai Duta Muhibah UNDP. Usaha amal anda harus dipuji," kata Najib dalam akaun Twitternya.
Yeoh, 53, aktres antarabangsa kelahiran Malaysia yang dilantik sebagai Duta Muhibah terbaru UNDP pada 15 Mac di New York, akan memberi tumpuan kepada usaha meningkat kesedaran dan menggerakkan sokongan untuk program Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) yang baru dilancarkan.
UNDP beroperasi di 170 buah negara dan wilayah, membantu mencapai pembasmian kemiskinan, dan pengurangan ketidaksamaan dan golongan terpinggir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Duta Muhibah Program Pembangunan PBB #Michelle Yeoh #UNDP